Home / Artikel / Zarina Zainuddin Pernah Berdendam Dengan Ibu Sendiri

Zarina Zainuddin Pernah Berdendam Dengan Ibu Sendiri

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi perasaan bersyukur selepas ibunya mengambil keputusan untuk bertudung. Zarina memberitahu sangat gembira kerana selendang yang diberikan telah membuka hati ibunya.

“Allhamdulillah masa mak nak balik ke Ipoh saya bekalkan dia selendang, Saya cakap mak pakai lah selendang dulu, nanti bila mak rasa betul betul yakin ikhlas kerana Allah mak pakai terus ye. Mak peluk saya dan dia panggil saya ina permata delima mak”

Zarina turut berkongsi kisah silamnya di mana suatu ketika dahulu dia pernah simpan rasa dendam terhadap ibunya. Ini kerana sejak kecil dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

“Saya sayang mak saya walaupun sewaktu nenek yang jaga. Saya tetap ingat jasa mak lahirkan saya di dunia ini. Dah besar jumpa balik saya susah nak terima mak. Ada dendam yang saya simpan kenapa dulu mak tak jaga saya. Kenapa Datuk dan Nenek yang jaga saya”

Siapa sangka, karier seni Zarina bermula selepas dia dibawa oleh ibunya ke Kuala Lumpur untuk menyertai Dewi Remaja.

“Mak berusaha menangi hati saya bila dia bawa saya ke kuala lumpur sebab saya dapat masuk dewi remaja masa tu. Terus menumpang di rumah tok alang saya. Dari rumah setinggan hingga lah kami menyewa rumah teres di kampung medan dan maklah yang bekerja siang malam nak belikan saya baju cantik mekap untuk saya casting dan masuk kelas modeling kelas lakonan dengan m. jamil Sarimah Film Production dulu. Terima kasih Ya Allah”

Seperti mana yang kita tahu, Zarina Zainudin berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan ketika itu usia Zarina 22 tahun. Seperti yang kita sedia maklum, Zarina merupakan isteri kedua kepada Abdul Raihan dan madunya bernama Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor.

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *