Home / Artikel / WTF! Ibu Paksa Anak Angkat Mengandung

WTF! Ibu Paksa Anak Angkat Mengandung

Seorang ibu yang kejam telah memaksa anak angkatnya yang baru berusia 14 tahun, menyuntik dirinya sendiri dengan sperma yang dibeli melalui internet, hanya kerana wanita itu menginginkan anak sendiri.

Paksa MengandungRemaja itu dilaporkan masih dara ketika dipaksa mengandung, namun dia mengalami keguguran pada usia 14 tahun. Dia bagaimanapun melahirkan anak pada usia 16 tahun.

Wanita itu yang telah bercerai tidak dapat beranak kerana mempunyai masalah kesihatan.

Selepas gagal dalam cubaannya untuk mengambil anak angkat keempat, dia telah memaksa salah seorang daripada anak angkatnya itu mengandung.

Susulan perbuatan kejamnya itu, wanita tersebut yang telah mempunyai tiga anak angkat daripada beberapa negara, telah dihukum penjara selama lima tahun selepas mengaku berlaku kejam kepada anaknya itu.

Kes berkenaan sebelum ini dirahsiakan sehinggalah ia didedahkan oleh akhbar Guardian.

Ketika membuat keputusan, Hakim Justice Jackson terkejut dan tidak percaya dengan wanita itu yang kejam serta mementingkan diri sendiri.

Dalam pada itu, remaja tersebut ketika memberi keterangan berkata, dia dan adik beradiknya bersekolah di rumah dan tidak pernah bertemu dengan bapa angkat mereka sejak lebih 10 tahun.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia