Home / Artikel / Wee Ka Siong BERANG, Tun Mahathir Kurangkan Kuasa Lim Guang Eng Dan Bagi Kuasa Pada Azmin!

Wee Ka Siong BERANG, Tun Mahathir Kurangkan Kuasa Lim Guang Eng Dan Bagi Kuasa Pada Azmin!

Peranan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan telah dikurangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Anggota Parlimen Ayer Hitam itu berkata demikian ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Persepsi rakyat ialah kuasa menteri kewangan telah dikurangkan, jadi book keeper. Ini persepsi sebab mereka melihat agensi-agensi di bawah MOF telah diasingkan, dimasukkan dalam (bidang kuasa) menteri di bawah Hal Ehwal Ekonomi yang mempunyai kuasa lebih,” katanya.

Wee berkata kerajaan mesti menjelaskan pertindihan kuasa antara dua kementerian itu.

“Dulu syarikat yang ditubuhkan di bawah MOF Inc, sekarang nampak ada dua bos, dua menteri.

“Siapa yang sepatutnya mempunyai kuasa dan siapa yang menyampaikan mesej kepada mereka dan kepada siapa mereka patuh arahan,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Wee juga mempersoalkan keperluan kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan memandangkan peranan itu boleh dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, saiz kabinet kerajaan sekarang juga tidak jauh berbeza dengan kerajaan BN sebelum ini walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengurangkannya.

“Saiz kabinet pada suatu ketika (HARAPAN) kata perlu dikecilkan. Sekarang kita masih ada 25 kementerian, dua kementerian ada pertindihan.

“Adakah 26 (menteri) kabinet campur tiga menteri (JPM) iaitu 29 orang tidak besar?” soalnya.

Sebelum ini, seramai 35 menteri dan 27 timbalan menteri memimpin 24 kementerian di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. dalam artikel yang berlainan Ku Li menegur UMNO agar

Hentikan dasar pemimpin pegang wang Umno, kata Ku Li

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa parti itu menghentikan dasar membenarkan pemimpin memegang dana parti.

Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, masalah utama dihadapi Umno ialah politik wang yang diamalkan individu tertentu.

“Tidak ada mana-mana ahli harus kumpul derma atau dana-dana yang diterima untuk parti. Semua dana yang diterima harus diletakkan atas nama Umno, bukan nama individu yang memegang jawatan dalam parti,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Wang tunai dalam 26 jenis mata wang berjumlah RM116.7 juta antara barang berharga lebih RM1 bilion yang dirampas dalam serbuan ke atas 6 premis dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, seminggu selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Enam premis digeledah polis sejak malam 16 Mei lalu, iaitu kediaman peribadi Najib di Taman Duta, 3 kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri dan kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana yang digunakan Najib sejak 2009, dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Pada 11 Julai lalu, Umno dilaporkan melantik peguam, Datuk Hariharan Tara Singh dalam usaha menuntut kembali RM116.7 juta dirampas polis yang didakwa milik Umno.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut membekukan akaun Umno selepas siasatan mendapati wang parti itu ada kaitan dengan 1MDB.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia