Home / Artikel / “Warga emas dipaksa minum air kencing, dipukul dan dibiar kelaparan”- Kejam! Sebuah Pusat Jagaan Orang Tua Catat 16 Kematian Sejak 2017

“Warga emas dipaksa minum air kencing, dipukul dan dibiar kelaparan”- Kejam! Sebuah Pusat Jagaan Orang Tua Catat 16 Kematian Sejak 2017

Kejam dan menjijikkan, itu situasi yang terpaksa dihadapi warga emas di sebuah Pusat Jagaan Orang Tua di Negeri Sembilan apabila mereka didakwa menjadi mangsa dera penyelia wanita di tempat itu sejak dua tahun yang lalu.

Lebih malang lagi, warga emas di pusat jagaan tersebut juga dipaksa meminum air kencing, makan cili termasuk diberi ubat tidur dalam dos yang berlebihan.

16 warga emas meninggal dunia dalam tempoh 3 tahun, tertinggi dicatatkan

Memetik Utusan Online, kegiatan tak beretika itu jadi viral lepas sebuah akaun facebook ‘Cik Pah Cik Ton’ memuatnaik status mengenai kejadian itu di laman sosial tersebut.

Pusat jagaan berbayar tersebut turut memukul, mengurung dan membiarkan penghuni pusat jagaan itu kelaparan malah warga emas disitu turut diikat di kerusi oleh penyelia wanita di premis itu.

Sumber : Facebook

Apa yang menyedihkan, laporan menyatakan yang 16 kematian dicatatkan di pusat jagaan tersebut sejak 2017.

Kalau korang nak tau, itu merupakan angka tertinggi kematian yang dicatatkan melibatkan premis jagaan yang dihuni 6 hingga 12 warga emas.

Lebih mengejutkan apabila ada dakwaan yang menyatakan berlaku kematian yang mencurigakan melibatkan 4 warga emas sepanjang empat minggu pada Ogos 2017.

Tapi premis tersebut mengatakan yang kematian adalah disebabkan sakit tua.

Sumber : Facebook

Malah dilaporkan yang bukan hanya warga emas di premis tersebut jadi mangsa sebaliknya pekerja pusat itu juga didakwa dipukul dan dikurung tanpa kerelaan oleh penyelia pusat jagaan tersebut.

Pusat jagaan tersebut dipercayai beroperasi sejak tahun 2016 dan turut menawarkan perkhidmatan terapi untuk warga emas.

Korang boleh tengok video penuh kat bawah ni, rakaman ini jelas menunjukkan penyelia pusat jagaan itu memperolok-olokkan penghuninya tanpa belas kasihan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.