Home / Artikel / Wanita Obses Cantik Takut Punggung ‘Meletup’

Wanita Obses Cantik Takut Punggung ‘Meletup’

Ini Dia Wanita Cantik Sedang Obses Mencatikkan Punggungnya!-Seorang wanita yang obses melakukan pembedahan plastik hanya kerana ingin kelihatan cantik seperti anak patung Barbie kini menanggung derita selepas kemunculan Star Delguidice dalam sebuah program bual bicara menjadi bualan hangat di media sosial.

Wanita Obses Cantik Takut Punggung 'Meletup'

Ini kerana wanita berusia 28 tahun yang telah menjalani lebih 200 prosedur pembedahan tidak boleh duduk dan terpaksa ditemu bual dalam keadaan berdiri dalam rancangan This Morning.

Memetik laporan poral The Sun, Star atau Stacey hanya boleh berdiri kerana bimbang implan di bahagian punggungnya akan pecah dan kini dia nekad untuk membuang implan tersebut kerana terlalu besar.

Bukan setakat mengubah bentuk dan rupa bahagian punggung, malah wanita berasal dari Birmingham ini turut obses mengubah wajahnya.

Dia turut mengakui bahawa mula obses dengan pembedahan-pembedahan ini seawal usia 17 tahun dan setakat ini telah membelanjakan 300,000 pound.

Tambahnya lagi, walaupun sudah berbelanja ratusan ribu ringgit, dia kini tidak lagi obses dengan perubahan-perubahan di tubuh badannya.

Ini kerana menerusi temu bual itu, Star akui dia kini berdepan masalah ketakutan dan kebimbangan melampau.

Katanya, dia memilih untuk menjalani kehidupan yang normal dan berjanji tidak akan menjalani sebarang pembedahan yang akan mengubah fizikalnya lagi.

Mengakhiri temu bual itu, Star turut akui dia sangat merindui bentuk tubuh badannya yang lama.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia