Home / Artikel / (VIDEO)KRU TV3 Tak Sengaja Terakam Pintu Ke Alam Bunian Di SEKSYEN 24,SHAH ALAM

(VIDEO)KRU TV3 Tak Sengaja Terakam Pintu Ke Alam Bunian Di SEKSYEN 24,SHAH ALAM

(VIDEO)KRU TV3 Tak Sengaja Terakam Pintu Ke Alam Bunian Di SEKSYEN 24,SHAH ALAM

APA YANG TERJADI DI SEKSYEN 24

Mereka pergi ke Seksyen 24, Shah Alam untuk menyiasat dakwaan ada gangguan mistik yang terdapat di antara 2 sekolah yang terletak sebelah menyebelah.

Dakwaan dari penduduk disitu mengatakan kejadian histeria sering berlaku di kawasan itu terutama di kawasan sekolah. Mereka menyiasat sebuah pokok dan mendapati ada isyarat aneh yang dikeluarkan ketika menggunakan alatan kru TV3 tersebut.Salah sebuah kru terakam gambar mistik.

“Mula mula tadi, saya rakamkan gambar ini,” kata Azree. “Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi. Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang.

Di tempat sama, macam ada framepintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari ‘pintu’ sama,” terang Azree tenang.Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas.

Mereka pergi ke Seksyen 24, Shah Alam untuk menyiasat dakwaan ada gangguan mistik yang terdapat di antara 2 sekolah yang terletak sebelah menyebelah. Dakwaan dari penduduk disitu mengatakan kejadian histeria sering berlaku di kawasan itu terutama di kawasan sekolah.

Mereka menyiasat sebuah pokok dan mendapati ada isyarat aneh yang dikeluarkan ketika menggunakan alatan kru TV3 tersebut.Salah sebuah kru terakam gambar mistik.

“Mula mula tadi, saya rakamkan gambar ini,” kata Azree. “Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi.

Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang. Di tempat sama, macam ada framepintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari ‘pintu’ sama,” terang Azree tenang.

Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas.

Sementara itu, soal-jawab mengenai bunian di bawah dipetik daripada buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan’ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Soalan:
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?
Jawapan:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya telah jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Dalam surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman:Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.Mengenai istilah orang bunian ataupun bunian, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal masyarakat bunian.

Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.

Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri.

Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata,

“Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.

Saya menyebutkan kisah ini kerana saya melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.Masyarakat bunian adalah satu kelompok masyarakat jin atau syaitan.

Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh perihal orang bunian, perkara ini menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu. Sehingga kini masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.Islam mengakui kewujudan jin Islam.

Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin.surah tersebut menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk jalan yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya, ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, itu pun wujud golongan munafik daripada kalangan orang Islam. Seperti dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik, Islam munafik dan sebagainya.
Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.Wallahu a’lam…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

One comment

  1. Bukan alam bunian, tetapi alam jin. Saya juga pernah terakam Istana Alam Jin ketika Ekspedisi Gunung Tebu, Besut, Terengganu pada 8.8.2008 dulu. Saya hanya menggunakan kamera digital kecil jenama Fujifilm P100. Ketika kami tiba di laluan denai Batu Mat Hassan, kami lihat ada sebatang pokok besar dan tinggi dimasuki oleh akar kayu ke dalam batang pokok itu dan akar kayu itu seperti kepala ular dan di bawahnya pula bertenggek seekor ular hitam. Saya keluarkan kamera itu lalu saya klik butang kamera (ketika klik butang tidak dilepaskan). Ketika itulah saya dapat lihat suasana alam itu semuanya kekuningan termasuk kain tirainya juga berwarna kuning melambai-lambai di setiap ruang seperti ditiup angin. Kira-kira lima minit kejadian itu, saya pun klik butang kamera dan kamera hanya merakam akar masuk dalam batang kayu. Saya tanyalah seorang perawat tradisional dari Abjad Kelantan dan Warisan Tok Kenali bernama Aziz Hj. Daud yang turut bersama ekspedisi itu menyatakan, akar masuk kayu itu adalah Istana Sultan Ahmad iaitu Ketua Jin di Gunung Tebu itu. Keesokkannya, ketika kami turun dari gunung itu untuk pulang dan melalui lokasi akar masuk batang kayu itu sudah ghaib (hilang). Kejadian kedua ketika Ekspedisi Pulau Tengkorak, Tumpat, Kelantan pada tahun 2011. Setelah selesai membersihkan kawasan tengah pulau itu untuk dijadikan penempatan, saya baring sekejap selepas selesai tunaikan solat Zohor. Peserta ekspedisi (11 orang) semuanya ke gigi pulau untuk memancing dan mencari lokan serta kepah. Tinggal saya seorang diri baring di tengah-tengah pulau itu. Dengan tiba-tiba saya dapat lihat kawasan itu seperti dalam satu rumah panjang (warnanya coklat). Rupa-rupanya itulah jalan masuk ke alam jin dan jelas ketika itu saya telah berada seorang diri di alam mereka. Sila layari rencana “Ekspedisi Gunung Tebu Kedua” dan “Ekspedisi Pulau Tengkorak” di http://azmirelatif-1.blogspot com dan http://azmirelatif-2.blogspot.com untuk membaca kisah penun tentangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia