Home / Artikel / [Video] Kejam! Individu Ikat Kucing Dalam Beg Plastik Sebelum Buang Tepi Jalan

[Video] Kejam! Individu Ikat Kucing Dalam Beg Plastik Sebelum Buang Tepi Jalan

Siapa je yang tak suka dengan binatang kesayangan Rasulullah kan? Mana tak nya dah lah comel lepastu jarang banyak kerenah. So, siapa yang tergamak nak berlaku kejam pada kucing ni memang tak berhati perutlah.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu telah kongsikan satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuang bungkusan plastik di tepi jalan.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak plastik tu bergerak-gerak. Rupa-rupanya lelaki tu buang kucinggg. Apa yang kejam sangat ni?

Dah lah buang kucing macam buang sampah lepastu pergi ikat kucing tu dalam plastik kenapa? Dah kucing tu mati lemas tak dapat bernafas dalam plastik. Allahu…

Menurut posting tersebut, kejadian ini berlaku di Selayang, Selangor. Nombor plat pun dah dapat diambil dari rakaman tersebut. So, kalau korang ternampak individu tersebut, bolehlah buat laporan polis ya?

Admin tak bolehlah tengok orang buat haiwan macam ni, kalau ya pun tak nak, lepaskan elok-elok. Banyak juga orang yang nak bela si comel ni.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia