Home / Artikel / [VIDEO] Gadis 25 Tahun ‘Cabul’ Monyet Sambil Ketawa Berdekah-dekah, Last-last…

[VIDEO] Gadis 25 Tahun ‘Cabul’ Monyet Sambil Ketawa Berdekah-dekah, Last-last…

Admin percaya rata-rata daripada kita mesti mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada haiwan, tak kisahlah kucing, ikan, ayam, kanggaru, angsa, unta dan lain-lain.

Malah kita sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli haiwan tersebut meskipun dengan harga yang agak mahal.

Namun apa yang berlaku di Mesir mengejutkan ramai pihak.

Gadis cabul monyet?

Menurut hmetro, seorang gadis berusia 25 tahun, Basma Ahmed didakwa telah melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu gangguan seksual atau lebih tepatnya telah mencabul seekor monyet..dengan monyet pun jadi?

Didalam video berdurasi 90 saat yang tular di media sosial memaparkan Basma Ahmed yang memakai baju berwarna biru ketawa sambil menyentuh kemaluan monyet di sebuah kedai menjual haiwan di bandar Nile Delta malah pada masa sama membuat sindiran berbaur lucah terhadap orang di sekelilingnya.

Ini sebahagian daripada klip video tersebut…

Bagaimanapun dimaklumkan bahawa Basma telah pun ditahan pada Oktober lalu selepas rakaman video dia melakukan perkara tidak senonoh tersebut menjadi tular di lama sosial.

Niat just nak geletek je…

Semasa di mahkamah, Basma mengaku melakukan kesalahan tersebut namun katanya dia bukan melakukan perkara tersebut dengan sengaja sebaliknya hanya berniat untuk menggeletek haiwan tersebut.

Malah pada sesi perbicaraan, Basma memaklumkan yang dia menyedari seorang rakannya membuat rakaman video ketika dia melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap monyet itu, namun dia tidak menyangka yang video tersebut telah dimuatnaik di internet..boleh pulak macam tu.

Basma dijatuhi hukuman penjara 3 tahun…

Mahkamah Mesir akhirnya membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun ke atas Basma Ahmed atas kesalahan melakukan ‘gangguan seksual’ terhadap seekor monyet di Nile Delta, utara ibu negara Mesir.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama Basma Ahmed pernah didakwa sebaliknya dia sebelum ini pernah dua kali didakwa melibatkan kes ‘public moral’..laa ade rekod rupanya.

Video itu mencetuskan kecaman natizen di laman sosial.

Lesson for the rest population

You deserve more than 3 years…

Kita tak tahu, betul ke gadis ni nak mencabul atau menggeletek monyet tu but mahkamah dah jatuhkan hukuman, so lepas ni kena berhati-hati la yer…sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia