Home / Artikel / [VIDEO] Dipanggil Pelacur! Samantha Dedah ‘Sisi Gelap’ Selepas Bergelar Ratu Cantik

[VIDEO] Dipanggil Pelacur! Samantha Dedah ‘Sisi Gelap’ Selepas Bergelar Ratu Cantik

Umum mengetahui Samantha Katie James yang mewakili Malaysia pernah berentap dalam pertandingan Miss Universe ke-66 yang akan disiarkan secara langsung pada tahun lalu.

Acara gilang-gemilang itu berlangsung di The AXIS Planet Hollywood di Las Vegas, Amerika Syarikat. Samantha telah berentap bersama 93 peserta dari seluruh dunia untuk dinobatkan sebagai Miss Universe.

Sebelum itu, kontroversi tercetus apabila baju nasi lemak yang digayakan dalam pertandingan baju kebangsaan pertandingan itu buah mulut netizen.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana perkembangan terbaru wanita kacukan Cina-Brazil ini selepas mendapat gelaran Ratu Cantik 2017 yang menjadi idaman setiap wanita di Malaysia.

Digelar Maskot Dalam MUMO

Bagaimanapun, ada perkara yang agak mengecewakan sekaligus menimbulkan persoalan apabila Samantha mendakwa menjadi mangsa kepada pihak pengurusan Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) apabilan digelar sebagai maskot dan dipanggil ‘pelacur’ menerusi luahannya di dalam beberapa buah video di Instagram storiesnya.

Samantha mendedahkan bukan mudah untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia dan dia menasihati kepada wanita-wanita yang berhasrat mahu menyertai pertandingan ini supaya berfikir masak-masak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Akui dirinya sangat kecewa dan kesal dengan pihak pengurusan MUMO yang membuatkan dirinya seolah-olah dipandang rendah sehingga digelar sebagai ‘Maskot’ dalam jenama ini. Dia meluahkan segalanya mengenai sisi gelap di dalam pengurusan MUMO menerusi video di bawah yang disediakan oleh HangatMalaysia.

Menerusi video itu, Samantha turut rasa kesal kerana dipanggil pelacur kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai di mata individu yang dikatakan berkuasa dalam organisasi ini. Dia tidak menyebut mana-mana nama individu yang bersikap biadab itu, namun dia akui sangat marah dan tidak selesa dengan panggilan itu.

Agak sedih juga mendengar luahan Samantha ini, yang selalu kita bayangkan kehidupan seorang ratu cantik ini hanya indah-indah sahaja namun sebaliknya mereka melalui detik-detik yang sangat mengecewakan. Sepatutnya pihak pengurusan berpegang kepada objektifnya, memperkasa wanita dan menghormati mereka selepas bergelar Ratu Cantik.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia