Home / Artikel / [VIDEO] Air Mata Fazura Bercucuran Saat Dengar Nyanyian Anak-anak Ini

[VIDEO] Air Mata Fazura Bercucuran Saat Dengar Nyanyian Anak-anak Ini

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pelakon dan penyanyi popular Fazura telah meraikan bersama anak anak dari Khidmat Baitul Mahabbah dengan Kerjasama PICC pada 11 Februari 2018 di Putrajaya International Convention Centre .

Menerusi Instagram miliknya, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin meluahkan rasa syukur di atas kesempatan untuk bersama anak-anak kurang bernasib baik ini .

“Segala puji hanya milik Allah SWT. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan dan kesempatan buat kami di @trudollyhq untuk bersama memberikan rasa Syukur dan Kasih buat anak-anak emas dari Khidmat Baitul Mahabbah”

Fazura Mengalirkan Airmata

Ketika majlis ini berlangsung, kanak-kanak dari Khidmat Bailtul Mahabbah menunjukkan persembahan masing-masing secara berkumpulan. Salah satunya telah menarik perhatian Fazura sehingga dia sebak.

Fazura yang mengenakan  baju kurung moden pada majlis itu berkata, dia sangat tersentuh dengan persembahan berbakat dari anak-anak dikasihi ini.

“Kami amat bertuah dikurniakan masa, senyuman serta persembahan berbakat yang amat menyentuh hati dari anak-anak dikasihi ini untuk kami simpan sebagai pembakar rasa cinta dan rendah diri. Terima kasih juga buat keluarga PICC, Putrajaya kerana turut berbesar hati bagi menjayakan petang yang manis ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua. Amin Allahuma Amin”

Ini satu usaha murni yang sangat bagus, dan Hangat.com ucapkan tahniah buat penganjur TruDolly dan Fazura. Semoga akan lebih ramai rakan artis yang meniru perbuatan seumpama ini. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber IG Fazura

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *