Home / Artikel / Ustaz Paksa Pelajar ‘Pegang’ Dan Lakukan ‘Projek’!

Ustaz Paksa Pelajar ‘Pegang’ Dan Lakukan ‘Projek’!

 KUALA LUMPUR 19 Julai – Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal antaranya membuatkan pelajar lelaki berusia 15 tahun menyentuh kemaluannya serta seks luar tabii terhadap mangsa, antara April dan Jun lalu.

Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 22, didakwa melakukan semua perbuatan tersebut di sebuah maahad tahfiz di Taman Keramat Permai, Keramat dekat sini antara pukul 10.30 malam dan 12.30 malam antara 8 April dan 8 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Ajmal didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru telah melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar lelaki itu dengan meletakkan tangan bagi maksud seksual di bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Pertuduhan kedua, lelaki itu yang masih bujang didakwa telah membuatkan remaja lelaki itu menyentuh kemaluan tertuduh.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Mengikut pertuduhan ketiga pula, Mohamad Ajmal didakwa dengan sengaja melakukan seks luar tabii terhadap pelajarnya itu dengan memasukkan zakar remaja tersebut ke dalam mulut tertuduh tanpa kerelaan pelajar berkenaan.

Guru tersebut yang mengajar selama enam tahun di maahad itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius manakala peguam Donny Abdullah yang mewakili Mohamad Ajmal memohon mahkamah membenarkan jaminan yang munasabah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh reman selama 10 hari.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan guru berkenaan perlu melaporkan diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sekali sebulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan kes.
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia