Home / Artikel / UMNO dan PAS akan bersatu, ini jawapan paling win Mat Sabu

UMNO dan PAS akan bersatu, ini jawapan paling win Mat Sabu

UMNO dan PAS akan bersatu, pada PRU 15 PH akan tumbang | Barisan Nasional (BN) tidak menilai jumlah undi yang disumbangkan Pas di dalam PRK Sungai Kandis sebaliknya kerjasama yang berlaku ini adalah untuk jangka masa panjang termasuk menghadapi siri PRK dan PRU15 nanti, demikian menurut Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, DUN Sungai Kandis adalah permulaan kerjasama berkenaan dan diteruskan ke PRK DUN Seri Setia.

Bahkan katanya, kerjasama yang ditunjukkan di Sungai Kandis merupakan kemenangan awal menerusi kesepakatan dengan Pas menentang Pakatan Harapan.

“Saya menjangkakan dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang UMNO dan PAS akan bersatu dan dalam tempoh itu juga PH akan tumbang, ” katanya dipetik NSTP.

saksikan video penuh dibawah

Tambahnya, Umno dan Pas bersatu untuk penyatuan Islam dengan menolak perbezaan pendapat demi agama dan bangsa Melayu.

“Kita tamatkan dulu permusuhan kerana sayangkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Annuar turut menjangkakan ada siri PRK selepas ini termasuk pada Oktober, November dan Disember.

Semalan, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan BN akan memberi laluan kepada Pas bertanding dalam PRK DUN Seri Setia

Kerusi itu kosong selepas wakil rakyatnya, Profesor Datuk Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia lewat kelmarin, selepas menderita barah usus.

RESPON MAT SABU PERGABUNGAN UMNO DAN PAS

Apabila ditanya oleh wartawan tentang pergabungan UMNO dan PAS pada Mat Sabu dengan slambrernya Mat Sabu menjawab

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia