Home / Artikel / “Two Down, More To Go…”- KEJAM! Penduduk Siap Minta ‘Tutorial’ Buat Racun Untuk Bunuh Anjing

“Two Down, More To Go…”- KEJAM! Penduduk Siap Minta ‘Tutorial’ Buat Racun Untuk Bunuh Anjing

Kejam! Sumpah Kejam! Tak sangka wujud lagi orang yang bersikap kejam dengan haiwan ni.

Viral di Twitter, anjing-anjing mati dibunuh oleh penduduk di kawasan perumahan di Negeri Sembilan akibat diracun.

Letak racun dalam makanan

Menurut apa yang di screenshot dalam perbualan group whatsapp perumahan tersebut, mereka mula mengumpan dengan cara meletakkan racun dalam makanan anjing disekitar masjid perumahan mereka.


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Bagi cadangan letak racun dalam bekas makanan anjing di rumah jiran

Katanya, masalah jadi makin teruk apabila ada sesetengah kejiranan mereka yang mula memberi makan kepada anjing-anjing tersebut dan disebabkan tu, anjing-anjing tu lepak di gate rumah salah seorang penduduk di situ. Yang paling tak disangka, jiran-jiran yang lain siap bagi cadangan letak racun dalam bekas makanan anjing dekat rumah jiran yang duk bagi makan tu.

Dah macam tak ada cara lain ke nak halau anjing tu selain dari racun? Hmm…

Namun ada juga sesetengah penduduk dari perumahan tersebut yang tidak bersetuju dengan cara meracun anjing-anjing tersebut. Katanya Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ada sediakan kandang untuk anjing liar dan biarkan mereka uruskan. Tapi ini pula yang berlaku… Habis anjing mati diracun.


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Netizen-netizen di Twitter juga turut merasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penduduk kawasan perumahan tersebut sangat kejam dan kurang bijak. Banyak lagi cara lain selain dari membunuh.


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Siap ada yang bagi inisiatif, banyak je organisasi yang boleh kita contact untuk ambil anjing-anjing ni dan diletakkan ditempat yang selamat.

Admin harap pihak berkuasa yang bertanggungjawab dapat selesaikan masalah ni dan stop-stop la bunuh haiwan yang tak berdosa macam ni… 
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia