Home / Artikel / ‘Tuhan Uji Saya’- Siti Sarah Kongsi Penderitaan Selepas Bersalin

‘Tuhan Uji Saya’- Siti Sarah Kongsi Penderitaan Selepas Bersalin

Pelbagai perubahan selepas bersalin yang ibu tak pernah tahu akan berlaku selepas sahaja melahirkan bayi, walau apapun ia hanyalah bersifat sementara.

Hal ini turut diakui oleh penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin berdepan kesukaran untuk menyanyi apabila mengalami masalah suara selepas melahirkan tiga orang anak.

Tuhan Uji Selepas Bersalin

Menurut laporan dari Utusan Online, Siti Sarah berkata Tuhan uji dirinya apabila bakat seni suaranya ditarik selepas bersalin.

“Semuanya hilang dan saya tidak boleh menyanyi dalam nada tinggi atau rendah. Lantas, pada masa itu, memang saya banyak muhasabah diri. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk menyanyi dalam nada yang saya mampu, tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Demi mendapat kekuatan vokalnya semula, Siti Sara belajar menyanyi dengan penuh perasaan supaya dia dapat menyampaikannya dengan lebih rasa dan jiwa.

“Pada masa yang sama, saya belajar menyanyi dengan penuh perasaan. Setiap lagu saya hayati dan secara tidak langsung saya dapat menyampaikannya dengan lebih rasa dan jiwa,”

Selesa Bertudung

Mula mengenakan tudung sekitar Mei lalu, penyanyi, Siti Sarah mengaku semakin selesa dengan imej terbarunya itu. Masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan penampilan berhijab, Sarah bagaimanapun mengharapkan semua pihak dapat mendoakan supaya dirinya terus istiqamah dan ditetapkan hati untuk kekal bertudung.

Sumber Utusan Online

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia