Home / Artikel / Tokong Buddha 3 tingkat dibina tempat melayu? pendedahan netizen ini buatkan anda tak percaya!

Tokong Buddha 3 tingkat dibina tempat melayu? pendedahan netizen ini buatkan anda tak percaya!

Tokong Buddha 3 tingkat dibina tempat melayu? pendedahan netizen ini buatkan anda tak percaya!
Tokong Buddha 3 tingkat dibina tempat melayu? pendedahan netizen ini buatkan anda tak percaya!

Tokong Buddha 3 tingkat dibina tempat melayu? pendedahan netizen ini buatkan anda tak percaya! | Berita yang benar tapi memeranjatkan kita umat Islam di kawasan Teluk Kumbar. Satu ‘bencana’ kepada penduduk sekitar Teluk Kumbar hampir 100% umat Islam.Sebuah rumah tokong Buddha difahamkan tiga tingkat akan dibina di tengah-tengah kesesakan penduduk Melayu Teluk Kumbar.Masih ada warga Malaysia yang tidak sensitif dengan kehidupan rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini.

Akhir-akhir ini umat Islam sebagai penduduk majoriti semakin rasa terancam oleh kerana dasar hak sama rata dan konsep Malaysian Malaysia yang cuba diperkenalkan oleh DAP dalam kerajaan PH. Cuba kita bayangkan sebuah tokong Buddha setinggi tiga tingkat telah dibina di kawasan Teluk Kumbar. Berapa kerat penganut agama Buddha yang ada. Hanya segelintir tetapi mempunyai sebuah bangunan tokong Buddha lebih tinggi dari bangunan sebuah masjid.

Apakah makna ini semua? Umat Islam rasa terhina. Apakah perasaan anda, jika sebuah surau tersergam indah dibina di tengah-tengah kawasan majoriti bukan Islam? Itu tidak berlaku. Jika ada hanya sebuah surau yang kecil sahaja.

Sepatutnya pihak yang berkenaan tidak perlu mengemukakan cadangan pembinaan tokong ini. Rakyat Malaysia yang memahami dan tahu menghormati kehidupan rakyat pelbagai kaum, cadangan itu tidak harus berlaku. Melainkan ada tujuan tersurat dan tersirat mahu dilakukan oleh pihak yang berkepentingan.

Kita sangat berharap semua NGOs bersama Jawatankuasa Qaryah Masjid Teluk Kumbar untuk bangkit dan bersatu mempertahankan agar kehidupan kita umat Islam selama ini tidak dicemari dengan terbinanya sebuah tokong Buddha di kawasan ini.

Kita tidak menghalang hak penganut agama lain tetapi biarlah di tempat yang sesuai dengan persekitaran penduduknya. Kita tidak menghalang jika sebuah tokong akan dibina di kawasan Gertak Sanggul kerana majoriti di kawasan itu penduduknya bukan Islam. Tetapi bukan di kawasan Teluk Kumbar yang penduduk sekitatnya hampir 100% umat Islam. Jangan kerana perjuangan hak sama rata, semuanya boleh. Hormatilah kami umat Islam sebagai penduduk majoriti di kawasan ini.

Kita mengharapkan ADUN Bayan Lepas tidak membiarkan cadangan pembinaan tokong ini jadi realiti. Kita juga hendak mendengar suara lantang ADUN kawasan ini untuk menentang cadangan pembinaan ini di peringkat kerajaan negeri. Kita mendesak wakil rakyat kawasan mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan cadangan pembinaan tokong ini ditolak oleh kerajaan tempatan atau kerajaan negeri dengan faktor persekitaran yang tidak sesuai dan sebagainya.

Bersatu dan bersamalah kita untuk memastikan kepentingan umat Islam majoriti terus dipelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia