Home / Artikel / Tips Dan Info Pemandu Grabcar

Tips Dan Info Pemandu Grabcar

Tips Dan Info Pemandu Grabcar-Ini tips grab kalau ada yg nak tambah.. silakan.. kalau ada yg tak betul.. tolong betulkan.. TQ (sy akan update dari masa ke semasa kalau ada tips berguna..)

1. Jangan asyik drive jerr habiskan minyak.. sedar sikit awak tu bukan teksi.

2. Konsep 5minit drive 5minit tunggu… apps grab bukan realtime… so bagi masa apps dia snap lokasi korang dulu… sebab tu banyak driver yg terlepas simpang terlajak traffic light.. tak pasal2 buat big U-Turn.

3. Ambik tau lokasi2 high demand contoh kondo, shopping complex dan kawasan student.

4. Sentiasa facing/mengadap target location.. bukan tunggu opposite road.. walau nampak dekat tapi hakikat jauh dlm system.. (tunggu ikut aliran traffic yg paling hampir)

5. Guna waze set fastest route, biar jauh sikit tapi tak sangkut dlm traffic jem.. melainkan korg tau keadaan traffic jalan lain.

6. Bagi option dekat rider nak follow GPS MAP or dia nak tunjuk jalan. Salah jalan sangkut dlm jem dah bukan beban korang.

7. Guna mobile/handphone/device yg tahap GPS ketepatan tinggi(tengok dlm handphone tue ada setting ni), kalau kerap sangat terputus gps signal, arrow gps “terlompat” kat jalan yg tah apa2 tak tepat laa tu. Ni akan mempengaruhi jarak korg dgn rider yg PING tu.. bayangkan korg sepatutnyerr depan dia tapi GPS location point opposite location. Mmg org belakang laa yg dapat.

8. Sentiasa siap dgn plan B (offline MAP GPS contoh papago or garmin), google translator(kalau dah tak boleh sangat nak speaking.. pakai translator ni)

9. Jgn bebankan kereta (bonet kereta tue kasi laa kosong) baru meluncur jimat minyak.

10. Elak dari jadi “detective” banyak tanya. Drive jer bagi tumpuan. Melainkan rider peramah boleh la.

11. Tahu bila masa nak rest bila masa nak drive.. kalau mood dah swing tu baik berenti rest. Sampai masa solat, berenti dulu kita solat yaa (yg muslim).

12. set target (6trip, kasar nak rm100 or ikut masing2 laa), sentiasa ingat besok masih ada. Ni gila kentang tak reti nak berenti rehat.

13. Grab driver bukan kata tak payah ikut kelajuan kawasan tu. Boleh la drive atas sikit dari 60kmj.. beginner lesen P jgn buat…(fix rate fare) kena kejar trip!
14. Grab driver kalau guna Waze. Tahu tahap kelajuan jalan tu. Waze akan warning kalau terlebih laju. So kalau rider tanya kenapa slow. Tunjuk jer waze tu.

15. Grab driver. Tekan button i’m here sebelum sampai dalam 100m-200m. Ikut pengalaman… Jgn buang masa menunggu jer. Biar rider tunggu korg.

16. Grab driver… Tekan button i’m here banyak kali or masa nak start drive pickup rider..kalau nak confirmation or tak pasti. Kalau nasib baik diorg akan call. Tak habis kredit… 😀

17. Grab driver. Incentive per-hour. Make sure korg dpt at least 1 trip dlm sejam max 3trip… klo sejam dah dpt 3 trip… mintak kat rider yg last tu excuse nak drop lama sikit sampai jam dah melangkau ke jam berikutnya (ni bukan gaming dah mintak kat rider tu tau)

18. Maintain 1 kad loyalti petrol. Cukup point tebus laaa. Dapatla benda nak mengunyah dlm kereta.

19. Tahu bila masa nak cancel/accept/drop ping… perasan tak 2 kali reminder sms pasal incentive(khamis & sabtu)?.. isnin sampai jumaat korg drop laa cancel laa berapa banyak nak.

bila dah dapat sms bagi tau rating percent incentive tu mcm mana. Sabtu ahad kejar balik. Kalau boleh kejar dua2. Duit daily dan incentive. Incentive ni duit korg jugak yg 20% tu. Make sure korg dptkan balik.

Ini tips pengalaman aku buat FULL TIME dgn grab. So far bulan pertama jer aku reload. Bulan seterusnyer tak pernah reload dah. Incentive dah cover 20% reload tue.
So aku tak terkesan sangat 20% tue sebab incentive dah cover.

.

Note tambahan [ UPDATED] ———————————————
20. Pakai Privacy Screen Protector (for safety)…. dim kan sikit screen tue… org kiri kanan tak akan nampak…
21. Kalo tahu kat mane tmpt byk ping,jgn lupe tekan favorite kat waze nanti senang nk pegi lagi.
22. Cari spot redup/sejuk. Tutup aircond bile xde rider. Huhu. Jimat minyak.
23. KALAU NAK ONLINE HOUR LEBIH, CREDIT BAWAH RM 15 BIARKAN JE ON. ONLINE HOUR COUNTING, TAPI JANGAN BUAT LEBIH2 NAMPAK GAMING.

P/S : HATI2 DENGAN SUSPEND CHARGE UNDER BEHAVIOUR. KORANG AKAN KENA MARKING NNTI KALAU BUAT SILAP LAGI. SO SESAPA YANG DA KENA MARKING, SILA BERHATI-HATI

AKAN DIUPDATE DARI MASA KESEMASA…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia