Home / Artikel / Teruknya Luth Di Dera Ibunya Hingga Mati!

Teruknya Luth Di Dera Ibunya Hingga Mati!

Teruknya Luth Di Dera IIbu Hingga Mati

KESAN melecur pada kemaluan selain beberapa kesan lebam pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, pinggang, punggung dan ketiak.

Itu penderitaan ditanggung kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Muhammad Luthhakim Abdullah selepas disahkan meninggal dunia akibat didera ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan, tengah hari semalam.

Kesan kecederaan ditemui pasukan perubatan yang merawat mangsa dipercayai kesan lama akibat didera sejak beberapa bulan lalu sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, 1 tengah hari semalam.

Sumber berkata, Muhammad Luthhakim Abdullah dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sejak beberapa bulan lalu berdasarkan kesan kecederaan lama ditemui pada tubuh mangsa.

“Proses bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca menyebabkan mangsa meninggal dunia…berdasarkan kesan kecederaan, mangsa pernah didera sebelumini,” katanya.

Menurut sumber itu, ibu mangsa sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa atas kes penderaan terhadap mangsa pada 2016 sebelum dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahkan suspek yang juga ibu kandung kanak-kanak lelaki itu ditahan polis di HTAA petang semalam, bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun membuat panggilan kecemasan menghubungi HTAA pada 12 tengah hari memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah sebelum ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba pasukan perubatan cuba memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke HTAA dan disahkan meninggal dunia.

Difahamkan suami suspek berusia 40-an dan berasal dari Klang, Selangor turut ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Sementara itu, jiran sebelah rumah mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, dia terkejut mengenai kejadian itu dan memberitahu bahawa keluarganya jarang bergaul dengan keluarga mangsa.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu kes ini semalam kerana sejak mereka berpindah ke sini tiga bulan lalu, mereka jarang bergaul dengan kami.

“Pagi tadi, saya ditanya bapa kepada seorang kanak-kanak yang diasuh suspek mengenai kes berkenaan kerana melihat kawasan rumah suspek sudah ditutup polis untuk siasatan dan mereka turut terkejut.

“Saya dimaklumkan oleh lelaki berkenaan bahawa anaknya tidak suka untuk pergi ke rumah pengasuhnya (suspek) tetapi atas sebab apa saya tidak tahu,” katanya.

Jiran terbabit turut memaklumkan, polis sudah mengambil keterangan suspek sebanyak dua kali sejak semalam bagi membantu siasatan.

“Saya difahamkan polis turut mengambil beberapa barang kes seperti baju sekolah mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.

Jiran terbabit memaklumkan, suspek turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun, namun jarang melihat dua kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah.

“Sejak sejak menyewa di sini, keluarga mereka jarang bergaul dan membuat hal masing-masing dan saya cuma tahu suaminya ada melakukan beberapa pekerjaan dan isterinya mengasuh tiga kanak-kanak,” katanya.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia