Home / Artikel / Teruk Dihentam Kerana Kenyataan Bekas PA, Ini Kenyataan Rasmi Wak Doyok.

Teruk Dihentam Kerana Kenyataan Bekas PA, Ini Kenyataan Rasmi Wak Doyok.

Sehari dua ini, nama Wak Doyok hangat diperketakan kononnya menipu peminat. Ini adalah kerana beberapa statement yang dikeluarkan oleh bekas PA beliau, Asyraff Mazlan.

Logiknya, kalau anda tanya kami kehidupan PA beliau dilihat jauh lebih mewah daripada Wak Doyok sendiri selama ini walaupun perniagaan yang berpaksikan imej dan publisiti Wak Doyok. Itu dari apa yang kami lihat dari apa yang ditunjukkan bekas PA beliau tu sendiri di sosial media.

Tidak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja, kami mendapatkan statement eksklusif dari Wak Doyok sendiri tentang apa yang berlaku.

Di bawah adalah statement dari Wak Doyok:

“Saya berasa hiba, kesal dan terkilan terhadap tindakan-tindakan beliau didalam Instastory Asyraff Mazlan yang cuba mencemarkan dan mencalarkan nama baik Wak Doyok yang dicipta dan dibina menggunakan kudrat saya sendiri selama 3 tahun.

Instastory dari beliau yang menerima liputan media baru-baru ini betul betul terkesan terhadap diri saya kerana saya dah menganggap dirinya umpama adik kandung saya sendiri. Saya masih harap silaturrahim yang diikat tidak putus ditengah jalan.

Meskipun terasa seperti di tikam dari belakang, sebagai seorang yang sentiasa menampilkan imej sartorialis dan gentleman saya masih positif terhadap apa yang berlaku dan berpandangan bahawa salah faham ini akan ditangani dengan cara gentleman.

Sebelum ditular, saya memanggil semua peminat dan orang-orang awam untuk tidak cepat mengecam dan mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah dan tidak tepat terhadap diri Wak Doyok mahupun AshraffMazlan.

Tapi fikirlah sejenak, tidak munasabah dan tak masuk akal langsung apabila dia mendakwa dan menuntut dia memiliki hak imej, hak cipta, hak reka dan hak keatas diri saya? Saya masih belum mati untuk dia mewarisi hak-hak yang sememangnya adalah zahir dan batin mutlak diri saya yang dikenali sebagai Wak Doyok. Tiada dua Wak Doyok di dunia ini.

Syarikat syarikat tersebut hanyalah untuk menentukan peratusan keuntungan yang dikongsi bukan keatas apa yang mutlak kurniaan dan rahmat tuhan kepada diri saya. Samada syarikat tersebut ditubuhkan berdasarkan persetujuan saya, masih belum lagi saya boleh komen. Biarlah keadilan menentukan.

Namun, saya masih positif dan menyeru semua pihak untuk tidak menularkan perkara yang tidak benar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil dan akan diambil. Saya berdoa agar rezeki saya berpanjangan dan sokongan dari peminat-peminat masih kuat.

Secara peribadi, saya telah mengambil iktibar terhadap kejadian yang berlaku dan beriltizam untuk terus mengorak langkah ke depan.”

Apapun Ohmedia mendoakan yang terbaiklah untuk kedua-duanya. Semoga semua permasalahan dapat diselesaikan secara adil. Mana yang hak tetaplah menjadi hak dan yang bathil akan terus bakhil.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia