Home / Artikel / Tersingkir pusingan pertama Piala Dunia dianggap sejarah memalukan buat bola sepak Jerman

Tersingkir pusingan pertama Piala Dunia dianggap sejarah memalukan buat bola sepak Jerman

 

 Tersingkir pusingan pertama Piala Dunia dianggap sejarah memalukan buat bola sepak Jerman | Selepas nyanyian “selamat tinggal” terhenti, peminat Jerman terus bertindak balas terhadap keputusan memalukan juara bertahan, Jerman yang tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia. Malah, keputusan itu turut dianggap sebagai “sejarah memalukan” buat bola sepak Jerman. “Mimpi ngeri Piala Dunia kami sudah menjadi kenyataan,” kata akhbar Bild.

Walaupun sebelum wisel penamat ditiupkan di Kazan Arena, Russia, penyokong di Berlin sudah mula meninggalkan bandar itu selepas kecewa dengan prestasi Jerman ketika menentang Korea Selatan. Perkataan “Raus (tersingkir)” dan “Auf Wiedersehen (selamat tinggal)” bermula dari zon penyokong selepas pasukan itu mengalami kekalahan buruk 0-2 kepada Korea Selatan. “Ini bukan juara dunia, mereka tidak melawan,” kata Oliver Fischer, 27, yang memakai jersi Jerman.

“Kami benar-benar patut tersingkir, kami tidak melawan, tiada keberanian, tiada idea!” Kebanyakan penyokong bersedih dan meletakkan tangan di kepala sebagai tanda tidak percaya pasukan mereka sudah tersingkir daripada Piala Dunia. – AFP

 

.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.