Home / Artikel / TERKINI! Rosmah Mansor Di Tahan Di SebabKan Jenayah Ini..

TERKINI! Rosmah Mansor Di Tahan Di SebabKan Jenayah Ini..

Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor disiasat SPRM bagi kes penyelewengan projek tenaga solar hibrid di sekolah-sekolah di Sarawak. – Foto Free Malaysia Today

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 11.40 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah-sekolah di Sarawak.

Portal NSTP melaporkan Rosmah tiba dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana diiringi sebuah kereta Proton Waja sebelum dilihat menuju ke tempat letak kereta di bawah bangunan.

SPRM dilaporkan akan menahan Rosmah hari ini sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk proses pendakwaan.

Sumber berkata, Rosmah disiasat berhubung projek membabitkan dana sebanyak RM1.25 bilion kerana siasatan mendapati projek itu diberikan kontrak tanpa prosedur operasi standard (SOP) di bawah Kementerian Pendidikan ketika zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Projek membabitkan pemasangan solar hibrid di 369 buah sekolah luar bandar itu dianugerahkan kepada sebuah syarikat berdasarkan arahan langsung daripada Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Selain Rosmah,  bekas pegawai khas beliau Datuk Rizal Mansor turut dihendaki hadir ke SPRM berkaitan kes sama.

Manakala Tengku Adnan Mansor pula dikehendaki hadir ke SPRM hari ini bagi kes penjualan tanah DBKL yang mencurigakan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia