Home / Artikel / Teman Lelaki FB Ugut Siar Video Bogel Guru

Teman Lelaki FB Ugut Siar Video Bogel Guru

Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas dengan rela hatinya memberikan aksi bogelnya kepada seorang rakan Facebook yang baru dikenalinya selama sebulan.

Video bogel

Lelaki berkenaan yang dipercayai warga asing kini menuntut RM40,000 daripanya dan jika gagal, video bogel itu akan dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube.

Guru berkenaan membuat laporan polis di Sungai Udang pada Isnin dan mendakwa lelaki itu menghubunginya menerusi panggilan video pada Ahad dan memintanya untuk menanggalkan pakaian dan sebagai balasan dia turut akan melakukan perkara yang sama.

Lelaki itu kemudiannya menghantar rakaman guru berkenaan dalam keadaan bogel dan memberinya masa selama dua hari bagi mengelakkan video itu disiarkan di Internet.

Bagaimanapun masalah itu tidak berakhir di situ kerana guru itu menggunakan komputer di pusat bimbingan kanak-kanak milik kerajaan untuk beraksi lucah di hadapan rakan sibernya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata guru itu boleh dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Katanya walaupun bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut selepas diancam oleh teman lelaki barunya, namun tindakannya menggunakan kemudahan kerajaan untuk perkara-perkara peribadi adalah bertentangan dengan etika kerja.

“Bagaimana dia boleh menggunakan komputer di nurseri untuk merakam video bogel? Sebagai seorang guru, dia sepatutnya tahu lebih baik,” katanya.

sumber: mstar

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia