Home / Artikel / Tak sengaja ‘jamu’ babi pada wartawan Muslim

Tak sengaja ‘jamu’ babi pada wartawan Muslim

Tak sengaja ‘jamu’ babi pada wartawan Muslim

Penganjur sebuah acara anugerah di Melaka semalam, yang dituduh menghidangkan sajian babi kepada wartawan, menjelaskan tidak bermaksud berbuat demikian.

Setiausaha Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia, Chai Chang Xiu menjelaskan hidangan tidak halal disediakan di meja pemberita kerana mereka tidak maklum berkaitan kehadiran wartawan beragama Islam.

“Kita sudah hantar jemputan media kepada mereka tapi tidak mendapat maklum balas akan kehadiran mereka.“Maklum balas hanya diterima daripada media Cina seperti NanyangChina Press dan Shin Chew Daily.

“Jadi, kami hanya sediakan meja untuk merekalah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan wartawan kecewa dengan sikap penganjur dalam acara di Sekolah Pay Fong, Melaka yang didakwa menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara itu.

Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu amat terkilan apabila mereka dihidangkan daging babi ketika membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di Melaka, malam semalam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, wartawan kecewa dengan sikap tidak sensitif penganjur yang gagal mengelolakan majlis itu dengan baik dan menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara berkenaan.

Portal itu turut menyiarkan gambar yang didakwa sebagai hidangan berkenaan.
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia