Home / Artikel / Tak Sedap Hati…Isteri Nampak Suami Rogol Anak

Tak Sedap Hati…Isteri Nampak Suami Rogol Anak

Tak Sedap Hati…Isteri Nampak Suami Rogol Anak

PERASAAN gusar seorang wanita yang pulang semula ke rumahnya selepas keluar bekerja di Butterworth membongkar aktiviti sumbang suaminya yang ditemui sedang merogol anak perempuan mereka sendiri, 17 Disember lalu.

Difahamkan, wanita berusia 40 tahun berkenaan menemui anak perempuannya berusia 15 tahun dalam keadaan terbaring separuh bogel dipercayai dirogol suaminya berusia 38 tahun sebaik membuka pintu rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian 7 pagi itu, ibu mangsa yang juga tukang cuci keluar dari rumah sebelum berasa tidak sedap hati dan pulang semula ke rumah.

“Pada 7.20 pagi wanita berkenaan sampai semula ke rumah mereka bagi memeriksa keadaan anaknya yang ketika itu ditinggalkan bersama suaminya.

Menurutnya, wanita terbabit terkejut dengan kejadian itu dan percaya bahawa suaminya sudah merogol anaknya sendiri sebelum bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Perai bagi tindakan susulan.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai jurukimpal itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan curi.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak – Kanak di Mahkamah Butterworth esok.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia