Home / Artikel / ‘Tak Perlu Keji Orang’- Ini Komen Dira Abu Zahar Atas Kekalahan BN

‘Tak Perlu Keji Orang’- Ini Komen Dira Abu Zahar Atas Kekalahan BN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akur dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang penuh sengit dan mengejutkan.

Dengan kekalahan ini, ramai yang menyalahkan kepimpinan Najib sebagai punca kejatuhan Barisan Nasional pada PRU kali ini.

Hal ini turut disedari oleh pelakon Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar tindakan sesetengah netizen yang hanya menceritakan keburukan kepimpinan Najib semata-mata. Tapi bagi Dira, dia percaya, dalam setiap kelemahannya, pasti ada yang baik di sebaliknya.

Bagi Dira, rakyat Malaysia tak perlu nak menghukum bekas pemimpin negara itu dan kita perlu percaya ada hikmah di atas apa yang telah berlaku. Dira menegaskan bahawa dia tidak akan persiakan amanat Najib. Dira mendoakan yang terbaik buat Najib dan semoga  Allah merahmati beliau dan keluarga.

Sumber IG Dira Abu Zahar

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia