Home / Artikel / Suasana ‘Menakutkan’ Bila 39 Pelajar & 5 Guru Diserang Histeria Ketika Perhimpunan Sekolah

Suasana ‘Menakutkan’ Bila 39 Pelajar & 5 Guru Diserang Histeria Ketika Perhimpunan Sekolah

Kini Trending

Gempar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh, apabila seramai 39 pelajar diserang histeria ketika waktu perhimpunan kira-kira 7.30 pagi tadi. Selepas mangsa dirawat dan dibenarkan pulang, giliran lima orang guru pula diserang histeria. Keadaan itu disifatkan sebagai suasana yang agak ‘menakutkan’.

Pengetua sekolah, Norriha Abd Rahman berkata kejadian itu berlaku di dewan terbuka ketika pelajar sedang menghadiri sesi perhimpunan pagi. Sebentar tadi, mereka baru sahaja selesai membaca al-Quran sebelum seorang lagi pelajar perempuan Tingkatan Dua menjerit dan ‘merebak’ kepada pelajar lain.

Kejadian histeria bermula semalam lagi apabila pelajar itu juga diserang histeria ketika perhimpunan, namun hanya membabitkan empat pelajar.

Hari ini, pelajar sama diserang histeria sekali lagi dan berjangkit kepada pelajar perempuan lain membabitkan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

Menurut Norriha, kejadian berlaku sekitar 40 minit sebelum pelajar berkenaan dirawat oleh pengamal rawatan Islam daripada Darussyifa’ seperti diarahkan oleh Jabatan Pendidikan (JPN) Kelantan.

Atas faktor keselamatan dan arahan JPN, sesi persekolahan ditamatkan lebih awal, iaitu pada jam 11 pagi, dengan semua pelajar dibenarkan pulang.

Pemberita dari Berita Harian, menyaksikan sendiri beberapa guru diserang histeria di sekolah itu, kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Mangsa tidak semena-mena menjerit dan menangis sebelum dirawat dengan bacaan al-Quran oleh Pengarah Darussyifa’ Kelantan, Ustaz Zaki Ya.

Zaki ke sekolah itu selepas dihubungi oleh pihak JPN serta mendapati suasana di sekolah agak kecoh apabila pelajar yang diserang histeria berkelakuan agresif.

Saya dibantu empat ustaz daripada Darussyifa’ dan kami memberi rawatan kepada pelajar sebelum membenarkan mereka pulang.

Kebiasaannya, histeria berkumpulan ini disebabkan gangguan makhluk halus.

Difahamkan bahawa pihak sekolah itu akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat malam ini, bagi memohon keselematan serta perlindungan.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia