Home / Artikel / “Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…

“Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…

Kata orang, biasalah kalau ada ujian dan dugaan dalam perkahwinan. Sikit sebanyak ia mematangkan kita dan mengajar kita untuk jadi lebih tabah di hari mendatang.

Tapi isteri mana yang dapat bertahan bila suami menuduh dirinya curang tanpa usul periksa? Lebih menyedihkan, si isteri yang tengah hamil ni telah disahkan HIV Positif. Siapa puncanya kalau isteri dah awal-awal cakap dia tak curang? 

Berikut perkongsian sedih di Facebook daripada seorang isteri malang…

“Saya dah mengandung 3 bulan… bila doktor check darah saya, tiba-tiba depa cakap saya ada HIV POSITIF” 

Menurut netizen tersebut, dia yang baru berusia 35 tahun ini merupakan ibu kepada dua anak dan mempunyai seorang suami yang bekerja sebagai pemandu lori. Namun kisahnya berubah menjadi sedih selepas disahkan hamil 3 bulan dan tup-tup doktor cakap ibu muda ni ada HIV positif. Eh macam mana tu??

Sumber: Facebook

“Lepas dapat tahu pasal penyakit saya, terus dia tak mahu ikut saya ke follow up doktor. Dia kata dia boleh maafkan tapi…” 

Memanglah suami wanita ni cakap yang dia kononnya boleh maafkan si isteri atas ‘kesalahan’ yang dia tak pernah buat itu. Tapi yang agak menyedihkan, anak-anak semua telah diambil si suami kerana takut wanita ini boleh jangkitkan mereka dengan penyakit tersebut. Aduh.. kesiannya! 

Sumber: Facebook

“Dari cerita puan saya dah boleh agak HIV tu punca dari suami puan. Dapat terima konon” 

Walaupun si pengadu tak tuduh pun suaminya mungkin boleh jadi punca HIV merebak, namun rata-rata netizen yang membaca kisah ini dah boleh agak yang sebenarnya suaminyalah punca masalah ini berlaku.

Menurut seorang netizen, boleh jadi suaminya ada ‘melanggan’ pelacur atau pondan di R&R semasa berehat daripada memandu lori. Jadi tak mustahil si suami boleh cakap yang dia dapat ‘terima’ kecurangan isteri, walhal dia tahu dialah ‘punca’ sebenar penyakit tu merebak.

Sumber: Facebook

So apa pendapat korang? Kesian isterinya teraniaya kalau betul suami punca penyakit HIV. Boleh pulak ye dia kata HIV tu boleh merebak kalau guna tandas awam. 

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia