Home / Artikel / Suami Kahwin Lain Ketika Kandungan Isteri 9 Bulan, Isteri Tabah Dan Akhirnya..

Suami Kahwin Lain Ketika Kandungan Isteri 9 Bulan, Isteri Tabah Dan Akhirnya..

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Gambar sekadar hiasan
Bercinta dengan boyfriend selama 4 tahun. Pi mai, pi mai hanya dengan dia je. Lepas tu ambil keputusan bertunangan. Dalam ikatan menjadi tunangan orang Ya ampun! Dugaan kiri kanan belakang depan datang, macam2 kejadian.
Sabar sabar dan sabar. Memang kena kuat. Kau dan aku. Rasa benci pun ada terbit kekadang. Rasa nak putus tunang pun ada, hasutan setan tu mmg kuat. Mcm2 orang datang waktu tu. Nak suruh clash la, nak kahwin lari la, nak cari jalan utk break off la. Jahat betul hasutan setan pd kau.
Beberapa bulan lepastu, sering shalat istikarah. Dan semuanya berlalu pergi dengan cepat. Alhamdulillah pernikahan pun berjalan dgn lancar. Tak lama setelah itu, datang pula dugaan suami istri.
Tuhan uji kedatangan sorang perempuan lain dalam hidup si suami. Allahu, sedihnya tanpa kata. Hanya air mata menemani sepi. Hari2 suami keluar pagi katanya pergi office, balik lewat malam. Katanya byk kerja nak settle kat office. Tika ni, dah malas nak bising2 mulut. Hanya diam dan ia kan
Ketika usia kandungan 9bulan. Si suami kawin diam dengan perempuan itu. Dapat tahu pun dari sahabat si suami sendiri. Air mata hanya bercucuran, hati sayu tiada noktah. Lahirnya cahaya mata mereka.
Nafkah terabaikan sebab dah seronok giler dengan istri baru. Lupa semua kenangan dan cinta bersama istri yg lama. Anak pun sebulan sekali je sempat jengok. Satu hari, berani ambik keputusan untuk minta cerai dan menuntut hak. Alhamdulillah selesai dengan lancar.
Buat buku baru bersama anak tercinta, buat bisnis kecil kecilan demi menghidupi diri dan anak. Syukur rezeki dapat bekerja dengan orang ternama. Last2 majikan melamar diri untuk dijadikan istrinya lagipun istri lama dah 2 tahun meninggal dunia. Hidup terus berubah, kaya raya namun tak pernah lupa akan Yg Maha Esa.
3 bulan mengecapi kebahgiaan bersama suami tercinta. Heard kabar berita tentang jatuh sakit suami dahulu. Ditinggalkan sendiri di rumah usang. Pakaian lusuh dan najis merata. Rupanya si istrinya dah berpaling tadah. Pergi meninggalkannya setelah habis duit dikikis.
Mengalir air mata mengenangkan nasib mantan suaminya. Namun, dia tetap berhati mulia. Mengingat bekas suami itu tidak lagi memiliki keluarga, dipekerjakan seorang bibi untuk menjaga mantan suaminya. Utk memastikan pakaian dan makan minum mantan suaminya terawat.
Allahuakbar, sucinya hati perempuan ini. Meskipun luka yang ditoreh mantan suaminya masih berparut dihati namun dia masih memiliki sifat penyayang dan belas kasihan. Masih mahal sewaktu mereka bercinta 5 tahun lalu, betapa indahnya. Namun semuanya hanya kenangan dan sejarah hitam. Beruntungnya bagi pria yang memiliki cinta sejati seperti si isteri ini.
Suami, hargailah istrimu. Jika dia salah dimatamu, tegur dan perbaiki lah. Jangan meninggalkannya demi yang lain. Kifarah dunia itu ada. Janji Allah itu pasti ♥ ️ #TrueStory

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *