Home / Artikel / Sofi Jikan Dalang Sebenar Yang Meletakkan Dadah Dalam Minuman Dan Rokok Farid Kamil ?

Sofi Jikan Dalang Sebenar Yang Meletakkan Dadah Dalam Minuman Dan Rokok Farid Kamil ?

Sofi Jikan enggan ulas laporan polis dibuat Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster enggan mengulas tentang laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

“Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

“Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE via Kerepektempe

Sebelum itu, cerita yang berkaitan :

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapai pertuduhan berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu mengatakan ia adalah angkara ‘rakan’ yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, beliau juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak Polis semasa beliau ditahan reman kerana menyerang Polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima Malay Mail, pelakon berusia 36 tahun itu menuduh 3 rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, beliau juga melaporkan yang beliau tidak begitu waras ketika itu kerana minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya itu, sehari sebelum insiden berkenaan.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an dan juga seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Selain dari minumannya, Farid juga mendakwa beliau diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair dari ketiga-tiganya yang membuatkan beliau berasa khayal selepas itu. Sehinggalah beliau ditahan selepas positif kerana disyaki penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Pelakon itu juga menyuarakan tidak puas hatinya dengan layanan dari pihak Polis ketika ditahan reman, dan juga turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu penahanannya.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya yang menyebabkan perlakuan ganasnya.

“Beliau membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”, katanya.

Berita Asal:
Now, actor Farid Kamil blames ‘spiked’ drink for police station fracas

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia