Home / Artikel / Sibuk Urut Bapa, Tangan Pula Dimasukkan Ke Dalam Seluar Anak

Sibuk Urut Bapa, Tangan Pula Dimasukkan Ke Dalam Seluar Anak

Seorang tukang urut ditahan selepas mencabul seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, tukang urut lelaki yang berusia 50-an itu didakwa memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa ketika sedang mengurut bapa remaja itu.

“Ketika sedang mengurut bapa mangsa, tukang urut terbabit memasukkan tangannya ke dalam seluar pelajar berkenaan.

“Mangsa hanya mampu menangis dan tukang urut pula menunjukkan isyarat supaya tidak memberitahu perbuatan itu kepada sesiapa,” katanya.

Mangsa kemudian menceritakan insiden tersebut kepada neneknya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan penahanan suspek yang disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.