Home / Artikel / “Siapa nama mama saya?” – Gadis Ini Nyaris Diculik Di Luar Kawasan SMK Taman Melawati

“Siapa nama mama saya?” – Gadis Ini Nyaris Diculik Di Luar Kawasan SMK Taman Melawati

Bayangkan satu hari masa anda sedang memandu, tiba-tiba dapat panggilan yang anak atau adik kita diculik? Boleh tercabut nyawa terkejut dapat berita tu kan?

Tunggu mama ambil dari sekolah

Dalam kisah dikongsikan sepupunya di Twitter, kejadian yang menimpa gadis berusia 13 tahun ini benar-benar menakutkan.

Dalam kejadian yang berlaku di luar pekarangan SMK Taman Melawati di Kuala Lumpur, Arryanna dikatakan sedang tunggu ibunya menjemput pulang dari sekolah 31 Januari lalu.

Sumber: Twitter

Mama suruh jemput Arryanna balik

Menurut laporan polis yang dibuat, dia sedang berada di pintu belakang sekolah sebelum didatangi seorang lelaki Melayu berbaju T-shirt warna terang, berseluar panjang dan memakai topi warna hitam.

Lelaki itu memberitahu, dia disuruh mama untuk menjemput Arryanna pulang ke rumah.

Sumber: Twitter

Pelik dengan keadaan itu, Arryanna terus bertanya “Siapa mama saya?”

Dahlah tak menjawab pertanyaan, lelaki tu terus pegang beg sekolah yang digalas sambil suruh ikut balik ke rumah. Warghh…seram!!

Lagi sekali, gadis tu tanyakan siapa mamanya dan lelaki tu tak nak jawab sebelum bertindak melepaskan beg galasnya dan berlalu pergi.

Fuh, admin respek betul dengan tindakan dan fast thinking adik Arryanna ni.

Jangan dedahkan aktiviti anak

Tapi tak semua orang bernasib baik dan terlepas begitu saja. Apa-apa pun, kita kena ambil juga langkah berjaga-jaga dan ingatkan anak-anak atau adik untuk jangan ikut orang tak dikenali.

Dalam pada tu, netizen juga ingatkan kita sebagai ibubapa juga perlu jaga kerahsiaan anak.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Jadi beringat-ingatlah kita dalam menjaga keselamatan anak-anak. Ini bukan saja tanggungjawab kita sebagai ibubapa tapi juga tanggungjawab sebagai satu komuniti.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia