Home / Artikel / Sherry Ibrahim Curi Perhatian Gara-Gara Getah Seluar Dalam Kelihatan!

Sherry Ibrahim Curi Perhatian Gara-Gara Getah Seluar Dalam Kelihatan!

Pelakon Sherry Ibrahim cukup dikenali sebagai seseorang yang begitu mementingkan soal penampilan. Malah penampilannyan yang kini berhijab turut mencuri perhatian dan kelihatan begitu manis sekali.

Kelihatan Getah Seluar Dalam? 

Biarpun begitu, perkongsian ‘OOTD’ terbaharunya di laman Instagram sekali lagi mencuri perhatian dan turut menerima kecaman daripada para netizen.

Menerusi perkongsian itu, Sherry dilihat menggayakan blouse bersama jeans biru namun dalam gambar itu turut kelihatan sedikit ‘getah’ yang dikatakan menyerupai seluar dalam berjenama Calvin Klein.

Rata-rata pengikutnya mempersoalkan penampilan Sherry yang menyifatkan pakaian itu agak memalukan dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah

Sherry Mohon Maaf 

Tampil memberi penjelasan, menurut sumber sebuah portal hiburan tempatan Sherry menafikan getah tersebut adalah getah seluar dalam. Sebaliknya jelas pelakon ini, getah itu merupakan getah ‘tights’ yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.

Memohon maaf atas perkongsian tersebut, faktor berat badan yang telah turun menyebabkan bahagian getas itu jelas kelihatan memandangkan bahagian pinggang seluarnya itu sudah longgar.

Meskipun teruk dikecam, menurut Sherry dia enggan memadam gambar tersebut kerana beranggapan terlalu sayang untuk memadamnya dan tidaklah terlalu keterlaluan sehingga menampakkan bahagian kulitnya.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia