Home / Artikel / Sharifah Sakinah Naik Hantu Suami Curang Dengan Pramugari?

Sharifah Sakinah Naik Hantu Suami Curang Dengan Pramugari?

Gelagat gila-gila serta ‘ting-tong’ Sharifah Sakinah dalam drama lakonannya telah banyak menghiburkan hati penonton. Bukan hanya di kaca TV, malahan Sakinah juga turut membuatkan pengikut laman sosialnya tidak kering gusi dengan telatah dan lawaknya.

Namun perkongsian terbaru Sakinah di Instagram membuatkan ramai netizen terkejut apabila seorang wanita telah menghantar mesej yang telah membuatkan pelakon itu naik berang.

Sakinah membuat kenyataan panas berbaur amaran kepada wanita yang menghantar mesej tersebut yang mendakwa suaminya curang di belakang Sakinah.

“Perhatian kepada orang luar yang tak tahu-menahu tentang hidup dan hubungan saya suami isteri, dengan segala hormatnya boleh berambus!

Kami tidak perlu pun perhatian anda atau tuduhan melulu tentang hal peribadi. Siapa anda? Pelik gila”. tulis Sakinah.

Antara mesej lain yang diterima oleh Sakinah adalah penghantar mesej tersebut mendakwa pernah melihat gambar seorang pramugari yang dikaitkan dengan suami kepada Sakinah, Aliff Adha.

Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.

Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari.

Terdahulu, Sakinah dan suaminya Aliff Adha, seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dan hasil pengkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha.

Sumber : IG Sharifah Sakinah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia