Home / Artikel / SERAM! Video Pekerja kilang histeria diserang puntianak

SERAM! Video Pekerja kilang histeria diserang puntianak

Video : Pekerja kilang histeria diserang puntianak | andakah anda percaya bahawa wujudnya alam ghaib? mungkin generasi hari ini tidak ambil kisah tentang alam nyata dan ghaib dan mungkin ada yang tidak percayainya kerana mereka lebih fokus dalam alam nyata sambil tidak peduli apa yang berlaku.

menerusi akaun facebook Mohd Ruslan telah kongsikan 2 video viral dengan status di facebook

#SeramSejuk #TrueStoryGhost2018 #HantuPontianak

Kejadian berlaku di kilang kain Shah alam, Selangor Malaysia..video sebelum pakguard kena kacau hantu pontianak & selepas kejadian hantu pontianak pula merasuk pekerja2 wanita..dengar salah sorang wanita menggilai ketawa mcm pontianak.

ANTARA KOMEN NETIZEN MENGENAI VIDEO INI

Genggam tangan kanan dn baca bismillahirrahmanirrahim…(bismillah masya allah.. bismillah hii masya allah bismillah hii masya allah)…3x…tiup dkt lbng genggaman tu dan p d belakang mangsa yg kna hestria tu tepuk guna tapak tangan d belakang tgh2 tulang bahu….inshaallah akn pulih serta merta…sbb d blkg kita ada satu lbng yg kita manusia tak nampak…

Sejak mengandung dan bersalin kan anak pertama 2011 hingga kini dh nak masuk 4 anak kekuatan dalaman dh x sekuat waktu bujang dulu. Dri dulu d beri kelebihan utk melihat apa yg org lain x dpt melihat dan blh mendengar sehingga kini setiap kali resah dan sedih mula lah kena rasuk. Suami sentiasa d sisi. Bila susah hati atau sedih mula la jadi histeria hingga kini. Anak2 semua lelaki dh x rasa takut tgk mama dia mcm tu lagi dia rapat d sisi dan baca 3kul x henti2.. Hanya yg alami saja tahu.. Pendinding diri adalah ayat kursi..

IKUTI KISAH YANG LAIN PENGALAMAN DI GANGGU HANTU

1. Siulan di R&R Ajil dan Lembaga di Bukit Belah di LPT2

0724

Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.

Insiden seram juga berlaku kepada rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di awal lebuh raya berkenaan dibuka.

“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau,” katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.vApabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.

Ahmad Aziz turun menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di R&R Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

“Ketika di R&R Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing. Apabila tiba di rumah rakan di Jerangau Barat, saya keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan si isteri sebenarnya masih berada di R&R Ajil. Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya,” katanya.

Ahmad Aziz berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi. Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan. Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

“Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir,” katanya.

Kubur lama dipindahkan

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun isu gangguan makhluk halus tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei 2015 begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak, 44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT mempunyai kaitan dengan unsur mistik ekoran adanya ‘seseorang’ dalam sekeping gambar diambil orang awam di lokasi kejadian.

Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil, 71, cerita ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

“Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

“Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

“Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas,” ujarnya.

 Kewujudan R&R misteri

Ecdd

Salam,
kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang tidak aku lupakan hingga hari ini. Isteri aku sampai hari ini dia meremang bulu roma bila teringat kejadian tu.

Kejadian ini berlaku pada penghujung tahun 2006. Pada hari itu, aku menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Majlis Konvokesyen ditemani oleh isteri dan keluarga. Selesai urusan konvokesyen, aku bertolak dari Shah Alam ke Temerloh untuk menghantar keluargaku sebelum bertolak ke Kuantan bagi menghadiri sesi temuduga di Taman Indera Mahkota, Kuantan pada keesokannya.

Lebih kurang pukul 12.00 malam, aku bertolak dari rumahku di Temerloh untuk ke Kuantan. Pada hematku, perjalanan aku lebih kurang 2 jam sahaja. Melepasi tol Temerloh, kemudian membelok ke Kuantan, tiada apa yang luarbiasa kecuali perut aku yang lapar. Silapku juga tidak makan di rumah sebelum bertolak. Disebabkan ada RnR, aku abaikan sesalan aku.

RnR Temerloh
RnR Temerloh hanya lebih kurang 3 km dari Tol Temerloh. Kerana aku baru bertolak, aku keberatan untuk singgah di Temerloh. Aku teruskan perjalanan. Isteriku dikerusi kelindan tidur kerana mengantuk. Aku pula duk melayan pemanduan, sambil memandu kepala aku mula bergiang cerita-cerita ‘istimewa’ yang diceritakan geng penarik kereta di Temerloh. Ada yang jumpa orang jual satay di tepi highway, beli satay kemudian bila pergi di hari lain tiada tanda atau orang berniaga di situ. Selain itu, cerita-cerita mengerikan tentang kemalangan-kemalangan yang berlaku di Highway Pantai Timur turut bermain di kepala.

Berbalik kepada realiti masa itu, aku mula rasa mengantuk. Mungkin keletihan seharian berkonvokesyen. Perut pun lapar. Jadi, aku plan nak singgah RnR ‘besar’ seterusnya. Sepanjang perjalanan tu, aku mulalah menggatal cari benda-benda pelik. Aku nampak api terbang di tingkap kelindan, tapi aku fikir tu mungkin reflection lampu. Tapi mungkin juga ‘konon nampak’.

Dipendekkan cerita, aku nampak RnR di hadapan. Mata mengantuk, perut dah lapar..apa lagi ‘berhenti sebentar di RnR’ lah. Kalau tak silap aku, lebih kurang 1:30 pagi aku berhenti di RnR tu. Aku kejutkan isteri aku, memberitahu kami dah sampai di RnR.

RnR mana?
RnR mana? Aku tak tau! Yang penting ada kereta parking, ada orang, dan kedai buka. Tapi tak semua kedai buka, ada lebih kurang enam @ tujuh daripada deretan kedai yang buka. Tapi yang menarik perhatian aku adalah kedai di tengah-tengah, kedai tu memasak sup yang aromanya sungguhhhhh sedap dan dia masak di depan kedai, bukan di dalam kedai. Depan kedai? Luarbiasa dalam hari aku. Yang masak sup tu aku nampak seorang lelaki berkopiah, umurnya lebih kurang 45-50 , duk menggaul sup tu dengan menggunakan sudip atau penggaul dodol. Sup tu dimasak dalam periuk besar untuk kenduri!

Favorite isteri aku mee sup, dan aku pulak tergoda dengan sup tu. Jadi kami pun order ‘Mee Sup dua!!”. Seriously sedap. Sampai sekarang teringat lagi sedapnya sup tu. Selesai makan, aku mengantuk. Aku bagitahu isteriku yang aku nak rehat dan tidur di dalam kereta. Tertidur seketika. Kemudian isteri aku kejutkan aku dalam keadaan kelam kabut. Terkejutlah kan! Ingatkan ada apa, dia bagitahu dah pukul 3.00 pagi. Jom bertolak.

Bertolak ke Kuantan
Aku ambil air mineral untuk segarkan muka dan kepala aku. Kemudian, bertolak dari RnR. Masih lagi mengantuk, tapi sepanjang umur aku, belum pernah aku terlalu mengantuk untuk memandu. Jadi aku teruskan perjalanan. Tapi……… malam itu, sememangnya aku terlalu mengantuk. Malam yang gelap, dengan kereta yang jarang-jarang nak ada…sebelum nak melalui satu jejantas….mata aku gelap, tak nampak apa.. terkejut aku, aku tertekan pedal minyak sekuat hati, kemudian terlanggar sesuatu, aku dan isteri terhantuk ke cermin hadapan, dan terlihat cahaya lampu yang terang benderang dari hadapan.

MasyaAllah
Aku terlanggar divider tengah, betul-betul di bawah jambatan. Cahaya terang benderang tu adalah treler panjang di laluan bertentangan. Allah s.w.t masih panjangkan umur aku dan isteri. Nasib baik ada pembahagi jalan, kalau tidak…

Aku turun dari kereta, setelah melihat tiada kereta dari haluan yang sama. Keadaan kereta aku masa tu – Hood depan kemek, manakala allignment rim/tayar kereta depan & kanan lari ke kanan. Aku gagahkan perjalanan dengan keadaan tayar sebegitu sampailah ke Kuantan.

Selepas Kejadian
Kejadian kemalangan itu adalah kemalangan pertama aku. Jadi kejadian tu masih bermain diingatan aku. Selepas kejadian tu, aku cuba menunjukkan kepada kawan/keluarga tempat kejadian tu dan mencari RnR yang aku singgah sebelum itu.

Tapi……sampai hari ini aku tidak jumpa!!!!

Jadi RnR apakah ini?
RnR Makhluk Halus ?

Sekian.

Aku menyaksikan dan melalui pengalaman ini bersama isteri aku.

Lokasi kemalangan adalah di Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke Kuantan, sempadan Maran-Kuantan, ada jejantas, laluan membelok ke kiri.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia