Home / Artikel / “Semoga Kau Tak Dirogol”- Nasihat Aliff Satar Buat Pesalah

“Semoga Kau Tak Dirogol”- Nasihat Aliff Satar Buat Pesalah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Ibubapa mana yang tak bengang bila dengar kes dera anak kejam sebegini.

Kenapalah masih ada segelinitr manusia mudah hilang sifat perikemanusiaan mereka sehingga sanggup mendera kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa tanpa rasa bersalah walau sedetik pun.

Lihatlah apa yang dipapar akhbar sebelum ini mengenai manusia kejam dan zalim ini.

Kes kejam sebegini turut dirasakan oleh pelakon dan penyanyi popular Aliff Satar. Dia mengecam tindakan anggota tentera atas pertuduhan membunuh anak perempuannya Nur Aina Nabihah, 9, pada 31 Januari lalu.

Kredit Gambar :Utusan

Hari ini tertuduh bapa Aina, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Menerusi kenyataan Aliff Satar di Instagramnya, dia akhirnya dapat melihat wajah pembunuh kanak-kanak kejam ini di akhbar hari ini.

Aliff juga memberi amaran kepada pesalah supaya berhati-hati di dalam penjara takut-takut akan diliwat oleh banduan lain.

Don’t Drop That Soap When You Are In There

Ini ada satu perumpamaan dalam Bahasa Inggeris ditujukan kepada pesalah bermaksud satu amaran kepadanya untuk berhati-hati.

Perumpamaan ini berasal dari kisah seorang lelaki dalam bilik mandi awam di penjara yang menjatuhkan sabun-sabun dan mereka akan dipaksa untuk membongkok serta mengambilnya di lantai. Saat ini lelaki ini akan dirogol oleh sesetengah banduan.

Aina Didera Secara Kejam

Aliff juga meletakkan tanda pagar ‘Hentikan Perogol Dalam Rumah’ kepada pengikutnya dan dia berharap kes penderaan kanak-kanak tidak berlaku lagi pada masa depan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk antara punca kematian kanak-kanak perempuan itu yang dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya sebelum polis menahan kedua-duanya pada 1 Februari lalu.

Sumber IG Aliff Satar

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *