Home / Artikel / Selepas Anwar menang besar di Port Dickson. Anwar terus menelefon Dr Mahathir. Ini kata2 Dr Mahathir ke atas kemenangan beliau

Selepas Anwar menang besar di Port Dickson. Anwar terus menelefon Dr Mahathir. Ini kata2 Dr Mahathir ke atas kemenangan beliau

PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi, menurut Pegawai Pengurus PRK Port Dickson Khairy Maamor.
Anwar berjaya menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan

Ini sekaligus menjawab teka-teki adakah Anwar mampu mendapat undi majoriti tinggi bagi mendapat mandat untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.
“Dengan ini saya mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari parti Pakatan Harapan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat baharu bagi kerusi Parlimen P.132 Port Dickson,” katanya.

Calon Pas Mohd Nazari Mokhtar pula mendapat undian sebanyak 7,456 dan calon Bebas yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebanyak 4,230 undi.

Calon Bebas lain, Lau Seck Yan mendapat 214 undian, Saiful Bukhari Azlan (82), Stevie Chan (337) dan Kan Chee Yuen (154).

“Sebanyak 598 undi ditolak,” tambah Khairy.

Peratusan keluar mengundi semasa Hari Pengundian Awal pada 9 September lalu yang melibatkan anggota polis dan tentera adalah 63%.

Parlimen Port Dickson mempunyai lima Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut, merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (2 peratus).

Kerusi Parlimen Port Dickson ini dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, tiga PRK telah diadakan iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Ketiga-tiga PRK tersebut mencatat peratusan keluar undi kurang 60%.

PRK PD | Anggota Parlimen Port Dickson yang baru dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kemenangannya hari ini.

Jelas Anwar, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu “sangat bangga” dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) berkenaan.
“Saya baru hubungi Dr Mahathir untuk memaklumkan beliau dan beliau sangat bangga dengan keputusan ini,” kata Anwar kepada pemberita di pusat operasi HARAPAN.

Anwar berkata demikian selepas pulang dari pusat penjumlahan undi SPR di mana beliau beliau diumumkan menang dengan 23,560 majoriti undi.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan pemimpin HARAPAN yang menyokong pencalonannya di Port Dickson.

VIDEO: Dr M cukup bangga dengan keputusan PRK PD – Anwar

Ahli Parlimen Port Dickson yang baru dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusan Pilihan raya kecil
(PRK) Port Dickson dan beliau sangat bangga dengan kemenangannya dalam pilihan raya kecil ini.

Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada Mahathir atas sokongan diatas pencalonannya di Port Dickson, serta pemimpin lain dari Pakatan Harapan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia