Home / Artikel / Sedar Dari Pengsan Dalam Keadaan berbogel Rupanya Dia ‘Dikenduri’ Tiga Lelaki

Sedar Dari Pengsan Dalam Keadaan berbogel Rupanya Dia ‘Dikenduri’ Tiga Lelaki

 Tabahnya Hati Seorang Emak Hari ini daftar masuk lagi seorang pelatih baru. Umur 19 tahun.

Mendakwa diperkosa oleh kawan yang dikenali melalui laman wechat. Setelah 6 bulan hanya berhubung melalui media sosial, akhirnya membuat temujanji bertemu di kedai makan.

Allah berfirma, jangan hampiri zina. Kelak kamu akan berzina.

Bertemu di kedai makan , pukul 10:00 malam . Selepas makan rasa sakit kepala dan mengantuk, minta dihantar pulang. Tetapi teman lelaki membawa ke hotel berdekatan. Ikut sama 2 orang kawan teman lelakinya.

Dalam keadaan separa sedar, dia diberikan sebiji pil untuk menghilang sakit kepala. Setelah makan pil, terus tertidor.

Apabila tersedar, mendapati dirinya telah tidak berpakaian walaupun seurat benang. Disisinya ada seorang lelaki lain , kawan kepada teman lelaki dalam keadaan tidak berpakaian. Maka terjadilah perkara yang Allah larang apabila berdua dua lelaki dan perempuan bukan suami isteri. Samada rela atau tidak. Sejauh mana kudrat seorang perempuan untuk melawan lelaki sado.

Selesai hajat dilampiaskan barulah dilepaskan pulang. Menangis pun sudah tidak ada gunanya. Teman lelaki yang membawa cuma tersenyum puas. Bermakna 3 orang telah mengkudakannya. Dua orang mengkuda waktu dia tidak sedar.

Sebulan selepas itu disedari haid sudah tidak datang seperti biasa. Segera pulang ke rumah dan mengkhabar kepada emak. Emak membawa ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Disahkan telah mengandung. Dan barulah pergi ke Balai Polis untuk membuat laporan telah diperkosa.

Namun bila ditanya siapa pelaku cuma dapat menyebut nama seorang yang dikenali melalui laman wechat, 2 orang lagi tidak tahu nama. Bila ditanya hotel apa dan dimana, pun tidak tahu kerana ketika minta dihantar pulang selepas makan dalam keadaan sakit kepala dan mengantuk dia dibawa ke hotel.

Sudah pasti tidak ada siasatan boleh dilakukan kerana maklumat tidak lengkap. Sebaliknya seorang pegawai penyiasat boleh berkata, “ pergi buang la”.

Bermakna disarankan dibuat penguguran. Dalam keadan bingung, jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Setelah sehat, pegawai JKSP hospital berkenaan menasihatkan agar dia dimasukkan ke rumah perlindungan agar jiwanya tenang.

Emak membuat keputusan untuk menghantar ke Baitus Solehah. Mendalami ilmu agama. Selama ini lalai dalam melaksanakan apa yang Allah perintah. Lalai mengerjakan solat jauh lagi nak membaca Al Quran. Apabila emak ayah menasihati buat tidak peduli dan apabila ditegur pergaulan dibantah. Emak mahu ada pembaikkan dalam akhlak seorang muslim dan peningkatan iman.

Sewaktu menyerahkan anak ke dalam jagaan kami, “ ummi , didiklah anak saya seperti ummi mendidik anak anak yang lain. Jadi hamba Allah yang taat. Musibah yang datang ini adalah teguran Allah. “

“ ya, Allah masih sayang. InsyaAllah, puan. Doakan agar Allah kurniakan taufik dan hidayah untuk kuat menghadapi cabaran dan ujian ini.”

Berpisahlah emak dan anak dalam raungan. Anak tidak mahu ditinggalkan. Emak berkata, “ tak apa duduk sini, musibah ni terjadi sebab kamu keluar dari rumah pergi jauh, konon nak berdikari. Sebenarnya kamu nak bebas dari kongkongan. Tengoklah, kali pertama kamu melangkah keluar rumah, sudah terjadi perkara ini. Allah nak beri peringatan pada kamu. Jadi usahalah untuk redha dan sabar. “

Tabahnya hati seorang emak untuk menyedarkan anaknya. Rela berjauhan supaya anak menjadi anak solehah selepas ini.

Opah Cucu Seribu,

Mak Liza

sumber : suri solehah

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia