Home / Artikel / Saya Diceraikan Ketika 7 Hari Dalam Pantang!

Saya Diceraikan Ketika 7 Hari Dalam Pantang!

Aku nak jugak syer kisah aku.. aku kini seorang janda anak 3..baru 6 bulan diceraikan..angkara suami gila betina..aku dicurangi ketika aku pregnant.. masok ni dah kali ke 3 dia curang.. tapi kali ni lebih sakit rasanya…

dia jadi curang balik bila dah ada kereta.. dia masok club kereta..kenal dengan sorang perempuan ni.. brkawan.. jadi adik angkat. tapi terus terangkat..kantoi dengan aku.. bila perempuan wish selamat malam dengan laki aku.. masa tu laki aku tengah mandi.. aku pun tanya laki aku..sapa dia.. dia cakap dia x tau..mungkin salah orang..sebab no tu x save pun.. tapi aty aku dah rasa lain. aku ambik no tu.. aku chat.. rupa2 abang adik angkat.. mula tu kira ok laa.

cam mana tah.. pompuan tu salah send screenshot kat aku.. dia sebenarnya nak send dengan laki aku.. tapi tersend kat aku..wallpaper ws dia gambar laki aku.. eyh kata abg adik angkat cam ne boleh guna wallpaper wasap gambar laki aku.. apa lagi aku terus attack laki aku.. aku marah dan kami hampir bercerai.. dan dah pergi dah pejabat agama.. tapi dia pujok balik.. aku maafkan tapi ada syarat.. lagi sekali dia buat..aku memang akan failkan cerai.. aku beri peluang dia berubah..sebab aku 5 bulan pregnant masa tu.. x nak stress takut efek baby.. 4bulan pun berlalu..

laki aku buat cool2 tapi dalam diam dia curang lagi ketika kandungan ku cukup bulan.. tapi lebih dasyat dari yang sebelum ni.. lebih kejam.. dengan janda anak 2..dan lebih kejam lagi.. ketika aku sedang sakit nak melahirkan anak dia.. dia boleh p cek in dengan janda tu.. allah jer tahu perasaan aku masa tu.. masa aku berpantang dia langsung x jaga.. aku cuci baju sendiri..masak makanan ku sekali sendiri. tapi janda tu boleh cakap dia bukan perampas.. dia cakap laki aku nak kat dia.tapi kalau x melayan x jadi kan.. pastu janda tu cakap aku x pandai jaga laki aku sampai laki aku cari dia.. laki aku masa tu memang dah angau dengan janda tu.. aku pun lagi sekali..restu hubungan dorang.. tapi aku nak cerai.. dia x nak. sebab dia sayang anak aku.. aku cakap x guna lagi dah.. aku tetap nak diceraikan.. lau dia x cerai aku akan mintak fasakh..

jadi jatuhlaa talak satu..talak diluar mahkamah.. masa dia jatuhkan talak tu.. setitik air matapun aku x keluarkan.. sebab aku pun x tau kenapa..

mungkin aku dah jadi kuat kot.. hwmm.sabar jer laa.harap pembaca krt doakan ke MOVE ON saye ne smpai ke akhir hayat..

lupa nak bagi tau aku d ceraikan ketika 7 hari dalam pantang.. cerai bini anak 3 demi janda anak 2. sadiskan.

respon fb krt

awak kuat kan diri..move on..sy ade kawan,,die pun mcm awak..lg best kantoi atas tempat tido sendri.kes club keta juga.tapi sekarang kwn sy tu dah ade keje..baru je beli keta mpv baru,jadi lg cantik,,dah ade teman istimewa dah pun.anak die 2.sis cari la laki lain..ade laki yg baik yg blh buat sis happy.lupakan terus org tu.kuat k.

Harap sgt kak minta nafkah anak drpd ex suami pastikan dapat dan mintak byk sikit byrn tu.Giler btl laki tu xsyg bini sendiri lbh sygkan org lain..harap sgt dpt hukuman Allah secepat yg boleh

Kesiannya..pelik la..sbb apa suami ska curang masa si istri mngandung??mengandung zuriat dia plak tu..byk kes yg curang time ank ke 3…hm…kalo alsan istri x cntik, xmahu lyn, jgn la bg mngndung…ni x, dah ngndung, dan2 cri lain…rsa nk bg penendang pn ada…pe2 pn, smoga tt ditemukan dgn yg lebih baik..u deserve better ok…

Itulah manusia buat kerja membazir, dpd join kelab2 melalaikan lebih baiklah ikut group masjid ada kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah magrib byk xtvt yg bole join, anak pun dah ada 3, patutnya ada duit sikit2 bole bwk anak bercuti ke apa, iman x tak kuat, terlampau dgr hasutan syaitan ni lah sebabnya, rasanya para2 isteri kalau ada suami nak mula join mana2 kelab melalaikan larang sekeras2nya, jika nak join juga katakan semua kena pergi satu keluarga, jgn dibiarkan dia pergi sorang2 semua ni mesti diberitahu masa baru2 kahwin sblm ada anak, sbb selalunya kalau baru kahwin sayang masih kuat sbb bini masih bergetah lagi, para isteri pandai2 lah menilai suami sendiri kalau diperhatikan lelaki tu x bertanggungjawap dari awal x perlulah susah2kan diri mengandungkan anak lelaki tu ramai2, sbb azab tu nanti kesian kat anak2 sbb berbapakkan lelaki bertanggungjawap

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia