Home / Artikel / Sarco, Mesin Ini Dicipta Untuk Manusia Bunuh Diri Dengan Aman

Sarco, Mesin Ini Dicipta Untuk Manusia Bunuh Diri Dengan Aman

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Cara mudah untuk tarik nyawa. Bagi sesetengah orang, kematian merupakan sesuatu yang tidak mampu diramalkan. Namun, andaian ini ternyata tidak boleh gunakan selepas dibuktikan oleh seorang penulis berasal dari Australia bernama Philip Nitschke.

Baginya, kematian ada suatu pilihan, di mana seseorang itu boleh memilih untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Melalui pemahaman ini, dai telah mencipta sebuah mesin yang dapart digunakan untuk seseorang membunuh diri.

Philip Nitschke

Sarco

Melalui laporan dari The Next Web, Selasa 95/12/2017), mesin yang dinamakan sebagai Sarco ini merupakan peranti untuk melakukan euthanasia yang dicetak menggunakan pencetak 3D. Mesin yang berbentuk kapsul ini berfungsi sebagai peti mati atau keranda.

Sarco dibekalkan dengan nitrogen cair yang akan dilepaskan ketika seseorang memilih untuk menggunakannya. Dalam masa 60 saat kemudian, pengguna akan merasa mabuk seperti baru sahaja minum alkohol.

Nitschke menanmbah, setelah beberapa minit kemudian, pengguna akan hilang sedar. Lalu dalam lima minit, pengguna menemui ajal.

Walaubagaimanapun, pengguna juga boleh menghentikan proses ini ketika ia dijalankan.

Sebagai pilihan  pengguna boleh memilih kaca Sarco tertutup rapat atau transparan untuk melihat pemandangan di luar ketika nyawa sedang ditarik.

Mesin ini ditujukan untuk seseorang yang mengalami depresi dan mengalami gangguan mental. Namun perlu diingat, untuk memakai alat ini seseorang harus terlebih dulu mengetahui akibat dari tindakan dan keputusannya tersebut.

Bantu Pesakit Kronik

Akan tetapi, Sarco bukanlah mesin yang sangat mudah mengakhiri hidup seseorang. Nitschke berharap mesin ini dapat menjadi pilihani kematian yang tak menyakitkan bagi penderita penyakit kronis, atau seseorang berusia lanjut yang ingin meninggal dengan damai.

Salah satu negara yang diketahui sudah mula menerima sistem ini adalah di Belanda. Sejak 2001, negara itu memperbolehkan seseorang untuk mengakhiri hidupnya dengan bantuan doktor

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *