Home / Artikel / Sampai Tak Boleh Berjalan! Farid Kamil Bakal Saman Produksi

Sampai Tak Boleh Berjalan! Farid Kamil Bakal Saman Produksi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Entah apa yang tidak kena dengan pelakon popular, Farid Kamil apabila dirinya telah mengalami kecederaan serius ketika menjalani penggambaran projek drama bersiri, Lafazkan Cintamu yang berpunca dari kecuaian pihak produksi.

Sampai Tidak Boleh Pakai Seluar

Menurut Farid, kecederaan itu dialami ketika menjayakan penggambaran babak hujan bersama seorang lagi pelakon, Nelydia Senrose.

“Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik. Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu. Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya,”

10 Hari Cuti Sakit

Ekoran daripada sakitnya itu Farid telah diberikan cuti sakit selama 10 hari selepas berjumpa doktor dan memandang serius perkara yang membabitkan keselamatan dirinya dan pelakon lain.

“Selepas mendapat rawatan, keadaan beransur pulih dan saya sudah boleh memakai seluar panjang. Saya tetap akan kembali ke lokasi untuk menghabiskan baki penggambaran drama itu seperti terikat dalam kontrak. Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti. Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti,”

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *