Home / Artikel / ‘Salute’ Dengan Gadis 15 Tahun Ini Kerana Berani Rempuh Peragut Yang Curi Handphone Dia

‘Salute’ Dengan Gadis 15 Tahun Ini Kerana Berani Rempuh Peragut Yang Curi Handphone Dia

Jangan kata  Indonesia, di Malaysia ni pun boleh dikatakan cukup sinonim dengan kejadian ragut oleh individu bermotosikal .

Perhatikan dari jauh dan menunggu ‘masa sesuai’ untuk meragut sebelum melarikan diri secepat mungkin ini memang susah nak diramalkan, itu sebab lah kita kena berhati-hati terutamanya kaum wanita yang lemah.

Bila dah terkena sudah semestinya akan rasa tergamam dan speechless sebelum trauma. Tapi bukan pada gadis remaja 15 tahun yang bernama Febrian Alia ini.

Kejar peragut sampai dapat rempuh untuk dapatkan balik barang diragut

Kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat. Menurut sumber Coconuts Indonesia, pada 22 Februari lepas, kira-kira jam 11 pagi, Alia sedang menuju ke mesin ATM untuk withdraw duit, tiba-tiba telefon bimbitnya diragut oleh seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal.

Seperti wanita lain, tak dinafikan dia tergamam dan terkedu seketika pada mulanya, tapi dia begitu cekap berfikir untuk bertindak semula bagi mendapatkan semua telefon bimbit tersebut.

Alia segera ke kembali ke motosikalnya untuk mendapatkan semula peragut itu, insiden kejar mengejar ini sampai ke taman perumahan.

Dengan cekap dan pantasnya, dia mengambil tindakan untuk rembuh motosikal tersebut apabila ada peluang sampai peragut itu jatuh.

Bila peragut tu jatuh tergolek, orang awam cepat-cepat dapatkan peragut itu untuk menangkapnya

Berdarah dihidung dan mulut, handphone dapat semula.

Sumber : World Of Buzz

Selepas kejadian tersebut, Alia kelihatan seperti berdarah di hidung dan mulutnya sambil semak balik keadaan handphonenya sebelum dimasukkan kedalam poket.

Peragut 37 tahun itu dipenjarakan beberapa bulan kerana ini bukan kes pertama. Wahh Alia ni memang hero, dia dah berjaya tumpaskan penjenayah yang susah nak dicekup. Salute!

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia