Home / Artikel / Sabah & Sarawak mundur kerana Dia kata Zahid!

Sabah & Sarawak mundur kerana Dia kata Zahid!

Sabah & Sarawak mundur kerana Mahathir kata Zahid

Sabah & Sarawak mundur kerana Mahathir kata Zahid Hamidi |SIMUNJAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan permohonan maaf pucuk pimpinan pusat terhadap penduduk Sabah dan Sarawak yang terpaksa menghadapi kelewatan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar sejak berpuluh tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika pemimpin terdahulu khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad memberi perhatian terhadap pembangunan dua negeri itu sepanjang 22 tahun pemerintahannya, pembangunan Sabah dan Sarawak pastinya setanding negeri lain ketika ini.

“Kami (pemimpin pusat) mengakui kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dan kami meminta maaf atas apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang paling lama berkuasa.

“Sebab itu, sejak Datuk Seri Najib menerajui kerajaan, kita mempercepatkan pembangunan di dua negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Simunjan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat.

Ahmad Zahid berkata, antara infrastruktur utama yang diperlukan untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar ialah menyediakan rangkaian jalan penghubung pekan kecil dan pekan pedalaman dengan lebuh raya utama.

“Sebab itu, apabila kita membina Lebuh Raya Pan Borneo, kita juga memastikan semua pekan kecil dan pekan di pedalaman dihubungkan dengan lebuh raya itu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Najib menjadikan mesyuarat setiap parti komponen untuk mengesan keperluan rakyat, tanpa perlu menunggu surat desakan daripada wakil rakyat terutamanya pembangkang.

Dalam lawatan ringkas itu, Ahmad Zahid, turut meninjau keadaan Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan yang daif dan kerap ditenggelami banjir.sumber-helangmerah.com

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia