Home / Artikel / Rumah Sewa Serendah RM100 Sebulan Untuk Individu Bujang B40

Rumah Sewa Serendah RM100 Sebulan Untuk Individu Bujang B40

Mungkin ini berita baik buat penyewa-penyewa bujang yang menyewa di sekitar Kuala Lumpur. Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam satu kenyataan telah menyatakan berkenaan rancangan pihak DBKL untuk membina rumah mikro berkonsepkan hotel kapsul yang bakal dibina untuk kemudahan individu bujang bagi status B40.

Rumah mikro ini juga bakal menyediakan 200 bilik dengan kadar sewa RM100 sebulan untuk setiap orang. “Bangunan sudah ada, Kita sudah lihat. Tunggu bangunan untuk diubahsuai. Peruntukan lebih kurang antara RM5 juta hingga RM10 juta.

“Insya-Allah, rumah mikro ini akan dimanfaatkan untuk orang bujang yang baru kerja dan berpendapatan rendah. ‘Hotel kapsul’ ini hanya sediakan kelengkapan tidur dan mandi. Tiada tempat untuk memasak.

“Jadi, bila sudah kahwin, orang itu (penghuni) kena keluar,” katanya.

Nor Hisham berkata, apa yang DBKL lakukan itu adalah komitmen pihaknya untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di kawasan bandar.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama menteri dan Lembaga Penasihat DBKL untuk diputuskan kelak.

Sumber http://www.ohmedia.my/2019/01/rumah-sewa-serendah-rm100-sebulan-untuk.html

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia