Home / Artikel / Rita Rudaini Bengang Kenyataan Diputar Belit Portal Swasta

Rita Rudaini Bengang Kenyataan Diputar Belit Portal Swasta

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Ketika isu perkahwinan Izreen Azminda yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang pemuzik bebas pada Ogos yang lalu, timbul pula kontroversi lain yang melibatkan sahabat baiknya, Rita Rudaini.

Portal Swasta Putar Belit Kenyataan Rita

Menerusi laman Instagramnya, Rita dikatakan marah dengan berita yang dikeluarkan oleh sebuah portal swasta dimana Hangat.com difahamkan kenyataan asal Rita mengenai perkahwinan rakannya itu telah diputar belit oleh portal tersebut.

“Akum…Wartawan Astro Gempak, tolong bertanggungjawab. Saya tak pernah buat kenyataan macam ni ya, sila betulkan balik story anda. Dahlah tak interview, main pakai tulis sahaja. Kenyataan saya yg sebenar dalam Utusan Online semalam diubah sesuka hati oleh wartawan kamu.. Cc @utusanonline”

Tambah Rita kenyataannya yang benar adalah di Utusan Online.

Melihatkan penulisan portal tersebut, dilihat pula Rita sebagai ‘batu api’ yang cuba mengeruhkan lagi spekulasi perkahwinan Izreen.

Rita Nasihat Izreen Untuk Lebih Tabah

Menerusi perkongsian Utusan Online, Rita dikatakan terus menjadi mangsa kemarahan netizen di laman sosial erana dianggap sebagai ‘penyokong’ tegar dalam keputusan dibuat Izreen menjadi isteri kedua pemuzik tersebut. Menurut Rita, dia sendiri sudah memberikan nasihat terbaik buat Izreen sebelum ini agar tidak dilihat sebagai penganggu rumah tangga orang lain.

“Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang. Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya”

“Sebagai kawan saya harap Izreen dapat melalui episod bermadu dengan tabah dan dapat menjaga hati isteri pertama dengan sebaik mungkin dan sentiasa mementingkan perasaan orang lain. Saya percaya kehidupan bermadu banyak masalah, tetapi ia akan jadi manis kalau kita pandai kendalikan dengan baik,”

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *