Home / Artikel / Retak Di Tempurung Kepala Sebelah Kiri Dan Pendarahan Di Bahagian Kanan Otak Punca Kematian Adam

Retak Di Tempurung Kepala Sebelah Kiri Dan Pendarahan Di Bahagian Kanan Otak Punca Kematian Adam

Punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves adalah disebabkan kecederaan di bahagian kepala memetiok laporan Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.

Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.

Comments

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia