Home / Artikel / Ramai pekerja kontrak dipecat, Ini penjelasan sebenar Ketua Pengarah JPA yang buatkan anda tak percaya!

Ramai pekerja kontrak dipecat, Ini penjelasan sebenar Ketua Pengarah JPA yang buatkan anda tak percaya!

Ramai pekerja kontrak dipecat, Ini penjelasan sebenar Ketua Pengarah JPA yang buatkan anda tak percaya! | Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan penamatan sebarang kontrak penjawat awam dan sedang menyiasat dakwaan yang sedang tular itu.

“Kami sedang menyiasat perkara ini untuk mengetahui hal sebenar,” kata Ketua Pengarah JPA Tan Sri Zainal Rahim Seman kepada Malaysiakini.

Beberapa dakwaan penamatan kontrak pekerja kerajaan tanpa notis tular di media sosial.Zainal bagaimanapun tidak menolak kemungkinan beberapa penamatan itu adalah disebabkan kontrak tamat tempoh.

“Kontrak tamat tempoh perkara biasa yang terjadi dalam perkhidmatan awam,” katanya.Zainal bagaimanapun menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa untuk mengulas lanjut perkara itu.

Semalam, ketua strategi dan dasar Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin menggesa pihak yang terbabit membuat rayuan kepada pejabat Perdana Menteru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menegaskan bahawa penjawat awam tidak akan dipecat.

ANTARA PRINTSCREEN YANG MENJADI TULAR DAKWA DIPECAT

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

INI PULA PANDANGAN DARI ADMIN PAGE OATAI

Isu pekerja kontrak di tamatkan..Untuk pengetahuan, jabatan yang ditamatkan kontrak adalah di bawah PMO (Prime Ministers Office) iaitu diwujudkan semasa BN memerintah.

Kebanyakan jabatan ini adalah jabatan yang dilantik atas lantikan politik bukan perkhidmatan awam..Kena faham ICU JPM ni lantikan umno bukan lantikan SPA/JPA. Bayaran gaji pun daripada sumber lain.

Mereka adalah Pekerja Kontrak yang diwujud hanya berasaskan kepentingan UMNO seperti JASA dan BTN serta agensi-agensi berkaitan kepentingan Politikus UMNO – penyebar berita, propaganda, ideolgi berkepentingan UMNO.

Apabila umno kalah, auto lah takda sapa bayar gaji.Harap dapat beza lantikan politik dgn lantikan kerajaan.Jadi, staff ICU yg diberhentikan kerja boleh cari bos anda (umno) untuk meneruskan kerja-kerja politik mereka..

Pekerja yang bawah JPA sperti guru, kakitangan kesihatan, majlis-majlis dll, ko tukar lah kerajaan banyak mana kali pon, anda terselamat sebab anda dibawah kerajaan bukan dibawah jabatan politik.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia