Home / Keluarga / Ramai Mak Ayah Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut Tapi Tak Ada Maksud, Pegawai Pejabat Agama Ini Kongsi Tip & Kesilapan Ketika Pilih Nama.

Ramai Mak Ayah Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut Tapi Tak Ada Maksud, Pegawai Pejabat Agama Ini Kongsi Tip & Kesilapan Ketika Pilih Nama.

Setiap kali kelahiran anak pasti mak ayah buntu mencari nama yang sesuai untuk si kecil mereka. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan nama anak gara-gara keliru dengan pilihan.

Tak kurang juga ada pasangan yang gagal mencapai kata sepakat dalam satu-satu pilihan nama. Sudahnya nama anak diberi ikut sedap sebut sahaja tanpa memeriksa maksudnya lebih dahulu.

Sekarang bukan sahaja trend nama anak ikut sedap mulut tetapi nama yang panjang berjela seperti, Wan Muhammad Haikal Firdausi, Muhammad Qayyum Nur Qardhawi, Syafika Nur Irdina dan sebagainya. Bukan tak boleh tapi kesian pada anak.

Bagi mak ayah yang bakal menyambut kelahiran anak ataupun masih sedang mencari nama anak, apa kata jadikan panduan yang dikongsikan oleh saudara Nik Nizam Nasir yang merupakan seorang kakitangan Pejabat Agama Islam di Tumpat. Sangat membantu!

Jom ikuti info dan panduan untuk memberi nama anak yang ringkas dan sangat bermakna.

Panduan memberi nama anak dalam Islam.
Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.

Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dalam soheh Bukhari yang Nabi pernah tukar seorang perempuan nama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah la nak tukar-tukar.

Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir-fikirkan lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.

Yang hebatnya ada orang yang sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil Man jee. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak-
nak bila isi borang. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf.

Gambar hiasan.

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yang nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis lain kata pada hari pertama.

Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan, maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh, maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.

Nama ni sebenarnya penting kerana Nabi bersabda, kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.

Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.

Ada orang tanya saya, ada ke apa-apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan?

 

Orang Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata tak dak fadhilat apa-apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagala amalan, rajin-rajin la
berselawat dan buatla seperti mana yang Nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.

Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dengan nama malaikat?

Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail.Mengikut Ulamak Syafieyah nak letak nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.

Gambar hiasan.

Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :
1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.

2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.

3. Nama Zaleha, Zaleha ni sebenarnya tak dak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.

4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani tu sendiri membawa erti yang tidak elok .

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau Jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.

6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.

7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ye.

Kalau boleh cari la nama yang baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah، merupakan doa buat mereka.

Sekian.

Jadi buatlah yang terbaik untuk anak kita dengan memilih nama yang tepat. Tak sedap tak apa asalkan maksudnya sempurna dan baik di sisi Allah.

Sumber: Nik Nizam Nasir

Tinggalkan Komen

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.