Home / Artikel / Rakyat Malaysia Ke 25 Paling Seksi Di Dunia

Rakyat Malaysia Ke 25 Paling Seksi Di Dunia

Malaysia berada di tangga ke-25 sebagai negara paling seksi di dunia, dengan menjadikan pereka kasut terkenal kelahiran negara ini, Jimmy Choo dan model Amber Chia sebagai contoh selebriti seksi tempatan.

Rakyat Malaysia Ke 25 Seksi

Amber Chia.

Kedudukan itu menjadikan Malaysia satu tangga di atas Iran dan satu tangga di bawah berbanding Mexico.

Senarai undian yang dijalankan oleh sebuah laman web pelancongan antarabangsa, Big 7 Travel itu didahului negara Ukraine, Danish, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Itali, Armenia, England dan Kanada.

Ukraine berada di kedudukan pertama kerana penduduknya dikatakan mempunyai penampilan yang menawan.

Menurut undian tersebut, Filipina yang menduduki tangga ke-3 itu pula, meraih kedudukan tersebut kemungkinan atas faktor peninju terkenal Manny Pacquiao, penyanyi Bruno Mars dan ramai peserta ratu cantik dunia dari negara itu.

Antara negara Asia lain yang berada dalam 50 senarai itu; Jepun (19), China (31) dan Thailand (36).

sumber: malaysiakini

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.