Home / Artikel / AJAIB! Pokok petai ‘menangis’ seperti air hujan di Kelantan

AJAIB! Pokok petai ‘menangis’ seperti air hujan di Kelantan

Pokok petai ‘menangis’ seperti air hujan di Kelantan

Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan. – Foto ihsan penduduk kampung

KOTA BHARU: Penduduk Kampung Petani, Sering, di sini kebingungan apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu.

Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.

Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.

Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.

“Pokok berkenaan terletak di hadapan sebuah rumah penduduk dengan ketinggian melepasi tiang elektrik dan tidak pernah berbuah, namun sejak hampir dua minggu daun pokok petai ini mengeluarkan air seperti air hujan,” katanya di sini.

Sejak beberapa hari ini ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai ini bahkan kawasan kampung ini seolah-olah seperti pesta hampir setiap malam.

“Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat,” katanya.

Ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai.

Ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai.

Sementara itu salah seorang pengunjung, Yusri Ibrahim, beliau mengetahui cerita mengenai pokok petai ini sejak beberapa hari lalu dari rakannya.


“Saya datang dari Kota Bharu dan sampai di sini dan apabila melihat dedaun mengeluarkan air seperti air hujan ini, saya pelik memikirkan bagaimana ianya berlaku sedangkan cuaca di sekeliling baik da tidak hujan” katanya.

Beliau mengakui sukar mempercayai fenomena ini kerana tidak pernah berlaku daun petai mengeluarkan air jernih seperti air hujan pada sebelah malam.

Namun beliau tidak pasti sama ada air dari daun petai ini mempunyai nilai perubatan atau mampu menyembuhkan penyakit kerana kejadian ganjil ini baru pertama kali disaksikannya.

Tidak tahu dimana datangnya air yang merembes keluar daripada pokok tersebut, orang ramai mengambil peluang menadah air dari daun petai itu yang didakwa mempunyai khasiat bagi menyembuhkan penyakit.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.