Home / Artikel / Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar

Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar

Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar

BANYAK kejadian boleh berlaku semasa upacara pengebumian, dan kejadian ini mungkin antara yang paling teruk.

Seorang pengusung keranda tersadung dan terjatuh di atas keranda yang sedang dimasukkan ke dalam lubang kubur ketika orang ramai di sekelilingnya sedang sedih, dalam kejadian di daerah Pampas, Peru.

Pembawa keranda tersebut tergelincir, jatuh di atas keranda sebelum ‘mendarat’ di dalam lubang. Keranda tersebut turut terhempas dan terbalik.

Ketika lelaki itu bergelut untuk naik ke atas, mereka yang lain cuba menghalang penutup keranda daripada terbuka bagi mengelakkan mayat terjatuh, tetapi penutupnya kelihatan rosak.

Bagaimanapun lelaki itu berjaya keluar dari lubang kubur dan mayat tersebut berjaya dibawa naik walaupun tanpa penutup dan orang ramai dapat melihatnya.

Mayat kemudian dikebumikan semula seperti yang dirancang. -MetroUK

sumber
facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia