Home / Artikel / Pendedahan Suami Elyana Ini Sangat Meruntun Jiwa

Pendedahan Suami Elyana Ini Sangat Meruntun Jiwa

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Masih lagi mengenai Elyana. Manakan tidak penyanyi kesayangan ramai ini baru sahaja membuat ‘comeback’ dan beliau telah mengejutkan ramai pihak termasuk kawan – kawannya sendiri apabila Elyana mengumumkan bahawa beliau kini berada di tahap keempat kanser Lymphoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu.

Satu Keluarga Sedih

Menerusi sumber Astro Gempak, suami Elyana turut berkongsi kisah mereka sekeluarga sejak 7 tahun lalu selepas menerima perkhabaran bahawa Elyana disyaki menghidapi kanser Lymphoma.

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,”

Itulah nasihat yang sering diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isterinya itu daripada terus bersedih. Menurut Khairul, di sebalik perwatakan Elyana yang ceria, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya itu ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.
“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.Tapi, bagi kami kanser tetap kanser! Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba. Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu. Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti? Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,”


Sebab Elyana Berhenti Buat Kemoterapi
Persoalan mengapa Elyana mengambil keputusan untuk berhenti membuat kemoterapi juga terjawab apabila beliau sering kali sakit dan tertekan selepas menjalani rawatan itu
“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit. Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu. Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,”
Walaupun semangat Elyana sudah pulih namun pada awal tahun ini, satu lagi tamparan hebat buat mereka sekeluarga apabila doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat.

Kami di Hangat.com turut berasakan sedih dengan derita yang dialami oleh Elyana malah rakan – rakan media yang lain kami pasti turut berasakan perasaan yang sama. Semoga terus kuat Elyana!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *